• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shell Malaysia Umum 5 Pemenang 'Nak Ekstra RM20,000?'

Shell Malaysia Umum 5 Pemenang 'Nak Ekstra RM20,000?'

January 14, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

350
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SHELL Malaysia  mengumumkan lima pemenang utama peraduan 'Nak Ekstra RM20,000?' sepanjang lima minggu pertama kempen itu dijalankan, bermula 1 Disember 2019 dan berakhir 9 Februari depan.

Ganjaran utama kempen ialah tunai RM20,000 yang hanya akan dimenangi seorang pemenang bertuah setiap minggu. Shell Malaysia turut menawarkan ganjaran berupa tunai RM1,000 untuk 20 orang pemenang setiap minggu.

Berikut lima pemenang utama tunai RM20,000 berikut:

  • Minggu Pertama - Mohd Raffi Ismail
  • Minggu Kedua - Gunaraj Murugasan
  • Minggu Ketiga - Muhammad ​​Shukri Md ​​Deris
  • Minggu Keempat - Azniza Abu Bakar
  • Minggu Kelima - Zalinah Umar

Pemenang utama minggu ketiga, Muhammad Shukri Md Deris berkata, kemenangan itu tiba pada masanya kerana dia memang memerlukan wang untuk perbelanjaan persekolahan anaknya.

Anak perempuan saya yang berumur 6 tahun akan mengikuti pra-sekolah tahun ini. Mulanya, saya amat bimbang tentang kos pembelajaran seperti pembelian buku, pakaian dan yuran sekolah.

"Bayangkan kelegaan saya apabila diberitahu menang hadiah utama RM20,000 daripada Shell Malaysia. Terima kasih, Shell. Saya harap Shell akan terus beri ganjaran kepada keluarga Malaysia."

BACA >>> Tuah Selalu Leret Kad BonusLink di Stesen Shell, Neeraj Bawa Balik BMW X3!

Pemenang utama minggu keempat, Azniza Abu Bakar pula mendakwa kemenangan diperoleh akhirnya dapat memenuhi impiannya untuk memiliki sebuah rumah.

Saya tidak percaya saya menang. Tambahan RM20,000 ini lebih daripada cukup untuk saya beli sebuah rumah dan masih ada lagi baki yang ada untuk simpanan. Saya lega doa terjawab, dan saya amat berterima kasih kepada Shell Malaysia."

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, itu bukan cerita tentang Shell semata-mata, tetapi pengalaman hidup rakyat Malaysia. Dengan kempen 'Nak Ekstra RM20,000?', beliau teruja dapat membantu ramai rakyat Malaysia menghadapi cabaran dan kesukaran hidup.

Majlis turut dihadiri pemenang bersama lain yang menerima ganjaran berupa tunai RM1,000 setiap seorang. Secara keseluruhan, seramai 84 orang pemenang sudah diberikan ganjaran masing-masing.

JOM MASUK 'NAK EKSTRA RM20,000?'

Jangan risau. Masih belum terlambat anda menjadi salah seorang pemenang bertuah. Shell menyediakan 126 hadiah lagi yang boleh dimenangi. Pemenang seterusnya akan diumumkan hingga akhir tempoh kempen yang berbaki lima minggu lagi. Jadi apa tunggu lagi? Ikuti dua langkah mudah berikut:

  • Langkah 1: Belanja minimum RM40 dalam satu resit di mana-mana stesen Shell di seluruh negara.
  • Langkah 2: Serahkan butiran anda berserta lampiran resit pembayaran pada borang peraduan ATAU imbas kod QR bagi pendaftaran dalam talian.

Maklumat lanjut mengenai kempen 'Nak Ekstra RM20,000?', sila layari www.shell.com.my.

BACA >>> RON95 dengan E4M Kini Ada di Stesen Shell Terpilih

Related

350
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Nak Ekstra RM20000?, peraduan, peraduan shell malaysia, Shell Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my