• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Thailand Tambah Dua Warna Baharu untuk Super Cub 110

Honda Thailand Tambah Dua Warna Baharu untuk Super Cub 110

January 13, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AP Honda selaku pengedar rasmi motosikal Honda di Thailand melancarkan Honda Super Cub 110 berwajah baharu dengan dua warna pilihan menarik, terdiri daripada kombinasi hitam-putih dan merah-putih.

Jadi ada lima pilihan warna keseluruhan untuk pelanggan di Thailand, termasuk tiga warna sedia ada, biru-putih, jingga-putih dan ungu-putih.

Dua warna baharu kali ini agak berbeza kerana didatangkan bersama pengadang angin dan kotak sisi hitam. Super Cub 110 baharu ini tampil bergaya retro dan masih mengetengahkan ciri moden selari trend semasa. Gaya klasik itu dapat dilihat pada lampu depan bulat LED dan dua lampu signal belok yang juga bulat.

BACA >>> Yoshimura Perkenal Sistem Ekzos Penuh untuk Honda Super Cub

Spidometer pun kekal retro pada panel meter dengan latar iluminasi kuning yang turut memaparkan beberapa maklumat seperti posisi gear semasa, lampu amaran enjin, lampu signal belok, lampu suluh tinggi dan baki petrol dalam tangki. Pelana pula terbahagi kepada dua seksyen.

Enjin Super Cub 110 baharu kekal sama, jenis 4-lejang 110cc dengan teknologi suntikan bahan api (FI), manakala kotak gear jenis klac manual 4-kelajuan. Sistem brek masih menggunakan jenis dram.

Model kapcai ini versi naik taraf ini khas untuk pasaran Thailand ini diperkenalkan  6 Januari lalu dan akan dijual pada harga serendah 47,390 baht (RM6,390).

BACA >>> Honda Super Cub 125 Kini di Malaysia - Harga RM13,999 Sahaja

GALERI
Honda Super Cub Thailand (6)
Honda Super Cub Thailand (4)
Honda Super Cub Thailand (5)
Honda Super Cub Thailand (3)
Honda Super Cub Thailand (2)
Honda Super Cub Thailand (1)
Honda Super Cub Thailand (1)
Honda Super Cub Thailand (8)
Honda Super Cub Thailand (2)
Honda Super Cub Thailand (4)
Honda Super Cub Thailand (7)

 

SUMBER: APHonda

Related

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda, Honda AP, Honda Super Cub 110 (2020), Honda Thailand, Kapcai, super cub, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev