• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Helmet TALI yang Pintar dengan Ciri Bluetooth dan Lampu Signal Belok, Brek

Helmet TALI yang Pintar dengan Ciri Bluetooth dan Lampu Signal Belok, Brek

January 13, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT dari Perancis, TALI Connected (TALI), memperkenalkan produk helmet pintar pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020 di Las Vegas, Nevada di Amerika Syarikat yang dilengkapi ciri inovatif seperti konektiviti Bluetooth, lampu signal belok dan lampu brek LED.

Apabila penunggang menarik brek, lampu brek helmet juga akan menyala serentak dengan lampu brek motosikal. Begitu juga jika penunggang menyalakan lampu signal belok.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Visor Iridium Pada Helmet?

Ciri lampu tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dan kejelasan pengguna jalan raya lain tentang kelibat penunggang motosikal ketika di jalan raya.  Bagaimanapun, TALI tidak memperincikan tentang bagaimanakah fungsi helmet dan motosikal dapat saling dihubungkan untuk mengaktifkan lampu pada helmet.

Visor helmet adalah jenis fotokromik untuk daya penglihatan lebih baikm dan turut memiliki akses telefon pintar menerusi ciri wayarles Bluetooth dan aplikasi mobil TALI. Ini membolehkan penunggang membuat panggilan kecemasan automatik jika berlaku kemalangan. Sekiranya dicuri, teknologi yang ada juga mampu memberikan petunjuk lokasi helmet pemilik.

Ciri Bluetooth pula menawarkan fungsi panggilan telefon, akses muzik, navigasi GPS dan respons khas mengikut arahan penunggang.

TALI mensasarkan harga jualan helmet ini pada AS$1,200 (RM4,890). Bagaimanapun, syarikat itu, yang masih menjalankan kajian sejak tiga tahun lalu, belum memberikan tarikh jualan sebenar helmet tersebut.

GALERI

SUMBER: GearPatrol | RideApart | Cnet

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, CES 2020, helmet, Helmet Pintar, Helmet TALI, Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020, TALI Connected, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my