• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Civic Type R (2020) Facelift Debut di Tokyo, Kini dengan Honda Sensing

Honda Civic Type R (2020) Facelift Debut di Tokyo, Kini dengan Honda Sensing

January 14, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS memperkenalkan Honda Civic versi Sedan, Coupe dan Hatcback edisi dipertingkat (facelift),  kini giliran model paling berkuasa, Civic Type R (2020) facelift pula diperkenalkan. Debut di Tokyo Auto Salon (TAS) 2020 ini menampilkan perubahan luaran mirip model Hatchback dan Coupe.

Tiada perubahan radikal luaran, bampar kelihatan sama dengan model terdahulu, tetapi tidak serupa. Bukaan gril kini lebih besar untuk menambah baik sistem penyejukan enjin dan ada warna biru baharu eksklusif ditawarkan, Boost Blue.

BACA >>> Honda Civic Sport Line (2020) Inspirasi Type R untuk Pasaran Eropah

Bahagian belakang kekal dengan spoiler tinggi, kecuali bampar yang kini ada garisan bentuk L pada kiri dan kanan, menyamai bampar depan.

Di bawah hud, enjin K20C 2.0L VTEC Turbo kekal sama dengan kuasa 306hp dan 400Nm. Apa berbeza ialah Kawalan Bunyi Aktif (ASC) yang berfungsi mengubah bunyi dalaman mengikut mod pemanduan: Comfort, Sport dan +R. Sistem transmisi masih manual 6-kelajuan nisbah rapat dengan ciri diferensial gelincir terhad (LSD).

Ruang kabin hadir dengan upholsteri Alcantara baharu pada stereng dan tombol gear baharu. Honda sebenarnya meluangkan masa untuk menyempurnakan model jagoaan ini berbanding aspek luaran dan enjin. Jadi, fokus diberikan pada brek, pengendalian dan keselamatan.

BACA >>> Honda Civic Type R Sah Jadi Kereta Pengiring YDP Agong

Brek cakera kini jenis dua bahagian (two-piece) dengan pad brek baharu yang direka untuk mengurangkan masalah nyah cengkaman (faded) dan meningkatkan tahap pembrekan ketika dalam halaju tinggi. Sistem suspensi ditala semula supaya lebih selesa, manakala sesendal (bush) belakang lebih keras untuk cengkaman lebih tinggi. Suspensi depan diubah suai bagi mengurangkan geseran dan menambah baik fiil stereng.

Type R (2020) facelift bukan saja lebih fokus, tetapi selamat dengan penggunaan Honda Sensing sebagai ciri keselamatan standard. Ia dua perkara unik yang mana mana teknologi tahap tinggi disatukan pada kereta prestasi tinggi.

Memandangkan Type R (2020) facelift baru saja dilancarkan dan mula dijual di Jepun pada Jun nanti, ia dijangka mengambil sedikit masa untuk memasuki pasaran lain termasuk Malaysia.

Civic Type R juga ialah model Type R kedua yang ditawarkan secara rasmi di pasaran tempatan. Apabila dilancarkan pada November 2017, model hot-hatch berkuasa itu dijual pada harga RM320,000.

BACA >>> Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!

GALERI

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic Type R, Honda Civic Type R (2020) Facelift, Honda Japan, hot-hatch, R, Roda4, TAS 2020, Tokyo Auto Salon (TAS) 2020, Tokyo Auto Salon 2020, Type, Type-R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev