• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Yaris - Hot-Hatch Rali Jadian dengan Kuasa 257hp, 360Nm!

Toyota GR Yaris - Hot-Hatch Rali Jadian dengan Kuasa 257hp, 360Nm!

January 13, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARIMAU sudah bangkit. Itulah ungkapan sesuai buat Toyota selepas memperkenalkan banyak model hebat. Jika sebelum ini Toyota dikritik kerana hanya mampu mengeluarkan model membosankan (walaupun boleh diharap), tetapi kini tidak lagi.

Barisan model terbaharu, seperti Camry, C-HR dan Corolla mempunyai karakter berbeza sama ada dari segi rekabentuk dan pengendalian. Tidak dilupakan model ikonik seperti GT86 dan Supra baharu. Toyota juga berjaya membuktikan kehandalan dalam perlumbaan enduran dan rali termasuk memenangi Kejuaraan Rali Dunia (WRC) 2018.

BACA >>> #PanduUji: Toyota Yaris (2019) Lagi Sedap dan Syok daripada Vios!

Terbaharu, Toyota sekali lagi membuktikan kesungguhan dan kehebatan jenama paling laris dunia itu dengan memperkenalkan GR Yaris yang dibangunkan berasaskan pengalaman dalam arena WRC.

Yaris versi Eropah baru saja dilancarkan Oktober 2019, dan pengenalan GR Yaris di Tokyo Auto Salon (TAS) 2020 ini begitu cepat dengan diposisikan sebagai varian Yaris paling premium. Model ini mendapat manfaat daripada rekabentuk dan kepakaran kejuruteraan Toyota GAZOO Racing (TGR) dan Tommi Mäkinen Racing, yakni rakan kerjasama Toyota dalam WRC.

Selain model homologasi untuk pembangunan Yaris WRC baharu, GR Yaris juga dibina untuk pemilik yang mahu menyertai perlumbaan rali tempatan. Ia bakal dilancarkan pada penggal kedua 2020 dan menjadi model GR global kedua selepas GR Supra.

Berbeza GR Supra yang dibangunkan di litar lumba, sebaliknya GR Yaris pula dibina berdasarkan input dalam perlumbaan rali. Model ini sememangnya dibangunkan untuk dunia rali, dan menjadi menjadi model homologasi WRC kedua selepas Celica GT-FOUR yang ditamatkan pada 1999.

Sebagai penghargaan, bahagian belakang GR Yaris dipasangkan lencana GR-FOUR. Boleh dikatakan GR Yaris ialah model mesti dimiliki peminat rali sedunia dan ia sesuatu yang nostalgik.

BACA >>> Toyota Yaris (2020) Serba Baharu Didedahkan, Kini dengan Rekabentuk Lebih Seksi

CIRI TOYOTA GR YARIS

  • Pasukan teknikal Tommi Mäkinen Racing menumpukan kepada tiga aspek pembangunan: penyempurnaan aerodinamik, agihan berat dan meringankan kereta.
  • Enjin 1.6 Turbo dipasangkan ke belakang, menghampiri bahagian tengah kereta dengan bateri ditempatkan pada but bagi menghasilkan casis seimbang dengan pengendalian, kestabilan dan respon lebih baik.
  • Bumbung diperbuat daripada polimer gentian karbon dan aluminium pada bonet, pintu dan pintu but bagi mendapatkan nisbah kuasa kepada berat yang cemerlang.
  • Bumbung direndahkan 91mm dan kelihatan seperti coupe-hatchback. Rim aloi 18 inci menampakkan model ini seperti kereta tarmac rally.
  • Enjin 3-silinder 1.6L (1,618 cc) Turbo baharu dengan spesifikasi lumba seperti penyejukan piston jet multiminyak (multi-oil jet piston cooling), port ambilan digilap sebahagian (part-machined intake port) dan diameter injap ekzos besar.
  • Mempunyai kuasa 257hp dan 360Nm dengan pecutan 0-100kmj kurang 5.5 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 230kmj.
  • Turbo dengan bering-bebola skrol (scroll ball-bearing) tunggal dan enjin dengan padanan transmisi manual 6- kelajuan.
  • Sistem pacuan 4WD mempunyai tiga mod: Normal, Sport dan Track.
  • Berbeza model standard dengan suspensi belakang kilas rasuk (torsion beam), GR Yaris dipasangkan set wishbone ganda (double wishbone) yang dibikin untuk prestasi.

GR Yaris dikeluarkan di kilang Motomachi dengan barisan pemasangan khas untuk model GR. Model ini juga dipasangkan pasukan khas Toyota yang terdiri daripada pekerja berkemahiran tinggi.

Di Jepun, sempena pengenalan, GR Yaris 1st Edition ditawarkan dalam dua varian: RZ dan High Performance pada harga 3,960,000 yen (RM147,801) hingga 4,560,000 yen (RM170,195). Tidak mustahil model ini dibawa masuk ke Malaysia, cuma harganya pasti tinggi kerana GR Yaris ialah kereta rali yang menyamar sebagai kereta jalanan!

BACA >>> Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!

GALERI
Toyota GR Yaris.08
Toyota GR Yaris.13
Toyota GR Yaris.10
Toyota GR Yaris.09
Toyota GR Yaris.12
Toyota GR Yaris.11
Toyota GR Yaris.07
Toyota GR Yaris.06
Toyota GR Yaris.05
Toyota GR Yaris.04
Toyota GR Yaris.03
Toyota GR Yaris.02
Toyota GR Yaris.01

Related

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Gazoo Racing, Kejuaraan Rali Dunia (WRC), Roda4, Toyota, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota GR Yaris, Toyota Yaris, WRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev