• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Tergolek Sebab Beri Laluan Eskot VIP

Penunggang Tergolek Sebab Beri Laluan Eskot VIP

January 14, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KESESAKAN jalan raya sudah jadi lumrah kehidupan sebahagian besar rakyat Malaysia setiap hari, terutama waktu puncak. Setiap orang ada hal dan arah tuju masing-masing. Setiap orang pun akan mengaku tujuan mereka penting.

Baru-baru ini, tular status seorang pengguna Twitter, dikenali tevanraj, yang memuat naik foto seorang penunggang motosikal terbabit kemalangan gara-gara eskot VIP ketika jalan raya sesak di Lebuhraya Salak menghala ke Lebuhraya Persekutuan, 7 Januari lalu.

BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai...

VVIP who uses police escort during rush hour traffic including ministers and prime ministers are idiots.

They should be stripped of this privilege. Another accident because of this. pic.twitter.com/8UYDy1pmWR

— tevanraj (@tevanraj) January 7, 2020

Tevanraj mendakwa melihat mangsa terjatuh daripada motosikalnya ketika cuba memberikan laluan kepada konvoi eskot kenderaan VVIP yang tidak dikenali identiti. Dia menganggap insiden seumpama itu sepatutnya tidak berlaku.

Ramai warga maya bersetuju dengan pendapat sama mengenai insiden berkenaan dan ada yang mengakui pernah mengalami pengalaman serupa. Sikap mementingkan diri konvoi tersebut juga dikatakan memaksa pengguna jalan raya lain yang menghalang laluan mereka supaya mengikut laluan berlainan.

And, the best part.

Those police escorts will ask you to take different route just because the VVIP shouldn’t stuck in the traffic.

So, it’s okay for people like us who pays tax and stuck in traffic everyday because of stupid highways approved by those VVIP. pic.twitter.com/q0MHrXVL9G

— tevanraj (@tevanraj) January 7, 2020

KOMEN KAMI

Keselamatan jalan raya memang perlu diambil berat kerana hampir setiap hari ramai warga kota terpaksa bergelut menempuh kesesakan trafik. Tidak semua orang bertuah mendapatkan keistimewaan eskot polis.

Semua orang pun faham VIP diberikan keistimewaan seperti itu, tetapi janganlah sampai mengabaikan keselamatan pengguna jalan raya lain hingga berisiko menggadaikan nyawa mereka.

Berilah ruang dan berilah masa. Manakan sama kelajuan Mercedes dengan kapcai EX-5 dan Viva yang hendak melencong dari lorong kanan ke kiri. Kami sendiri pun sudah beberapa kali terserempak dan mengalami insiden sama. Kalau ditanya pembaca pun, rasanya ramai bersetuju pernah merasai pengalaman seperti itu.

SUMBER: Twitter

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Eskot Polis, Eskot VIP, kemalangan, kemalangan jalan raya, Penunggang Jatuh Motor, Tevanraj, tular, Twitter, VIP, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev