• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda HR-V Kekal SUV Subkompak Paling Popular Malaysia

Honda HR-V Kekal SUV Subkompak Paling Popular Malaysia

January 11, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

431
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEBH 14,800 unit Honda HR-V terjual antara Januari hingga November 2019, sekali gus mengekalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sebagai SUV subkompak paling popular di Malaysia dengan menguasai 79 peratus perkongsian pasaran dalam segmen tersebut.

Honda Malaysia ialah wakil pengeluar yang menjadi perintis kepada populariti segmen SUV kompak di Malaysia menerusi pengenalan HR-V pada 2015 dan kekal di kedudukan teratas selama empat tahun berturut-turut dengan jualan lebih 87,000 unit setakat November lalu.

Prestasi jualan positif itu meletakkan HR-V sebagai model kedua Honda paling laris yang menyumbang 19 peratus daripada keseluruhan jualan. Pembeli Lembah Klang ialah penyumbang terbesar, iaitu 49 peratus, disusuli Wilayah Selatan (18 peratus) dan Utara (17 peratus).

BACA >>> Honda HR-V Kekal Status Raja SUV Subkompak Malaysia!

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, HR-V paling baharu diperkenalkan awal tahun lalu yang juga kali pertama Honda Malaysia melancarkan varian RS.

"Kami juga memperkenalkan varian hibrid pertama kali dalam segmen SUV subkompak, manakala jualan varian petrol dan hibrid kekal positif dan diterima baik pengguna. Saya berterima kasih kepada pengguna yang terus memberi sokongan dengan memilih HR-V sebagai pilihan kenderaan harian," katanya.

BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V Hybrid, Si Abang Berkuasa dengan Prestasi Setanding Enjin 2.0L

HONDA HR-V Hybrid_43
HONDA HR-V Hybrid_41
HONDA HR-V Hybrid_25

Selain pengenalan varian baharu, Honda Malaysia turut memperkenalkan warna baharu Passion Red Pearl yang mendapat maklum balas baik daripada pembeli HR-V dengan rekod 29 peratus berbanding warna lain untuk model sama.

Di pasaran, HR-V didatangkan dalam empat varian: Hybrid, RS, V dan E. HR-V Sport Hybrid i-DCD dikuasakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan suntikan terus yang memberikan lonjakan prestasi dan kecekapan bahan api memuaskan, serta dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dan Motor Kuasa Tinggi Bersepadu (Integrated High Power Motor, IHPM).

Related

431
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda HR-V, Honda HR-V facelift, Honda HR-V Hybrid, Honda HR-V RS, Rekod Jualan Honda, SUV, SUV kompak, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev