• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 - Kereta Terbaik (COTY) Malaysia 2019!

Proton X70 - Kereta Terbaik (COTY) Malaysia 2019!

January 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK dilancarkan pada 2018 kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, X70 mendapat sambutan luar biasa. Malah dalam tempoh 100 hari selepas dilancarkan, 8,500 unit sudah diserahkan kepada pelanggan, sekali gus mencipta rekod penghantaran paling banyak dalam segmen SUV.

X70 sekali lagi mencatatkan pencapaian baharu apabila dianugerahkan sebagai Kereta Terbaik Malaysia (COTY) 2019 selepas memenuhi kriteria ditetapkan seperti nisbah rekabentuk luaran seimbang dan tawaran kabin yang lebih lapang, selesa dan ergonomik.

Selain itu, spesifikasi teknikal dan inovasi kejuruteraan yang memenuhi keperluan pengguna serta evolusi ciri keselamatan, meletakkan X70 sebagai kenderaan pilihan majoriti juri. SUV ini dilengkapi ciri paling moden seperti arahan suara (voice command) yang mana sistem GKUI diberikan sebagai ciri standard untuk semua varian.

PROTON X70 COTY 2019_5
PROTON X70 COTY 2019_12
PROTON X70 COTY 2019_3

GKUI membolehkan pengguna menyebut beberapa ayat asas untuk melakukan operasi kereta seperti akses radio atas talian, muzik atas talian, navigasi, ramalan cuaca, dan pengecaman suara. X70 2WD Premium dianugerahkan sebagai model crossover pertengahan dan SUV 5-kerusi terbaik.

Anugerah lain yang turut diterima Proton ialah sedan aras mula terbaik menerusi Proton Saga 1.3 versi dipertingkat (facelift). Menariknya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chun Rong turut menerima pengiktirafan sebagai 'Tokoh Automotif Terbaik 2019'.

Dr Li berkata, pembeli Malaysia kini sudah mula kembali mempercayai dan berbangga dengan jenama Proton.

BACA >>> Mazda CX-5 Raih 6 Anugerah Automotif Malaysia Sepanjang 2018

Berdasarkan pelan perancangan strategik, Proton mensasarkan empat tahun untuk menjayakan transformasi terhadap syarikat itu dengan cuba melangkaui zon selesa selain. Ini termasuk meningkatkan perkongsian pasaran jualan kereta sebanyak 16.7 peratus, tahun lalu.

BACA >>> Peugeot 3008 Raih Kereta Terbaik 2018 dalam Anugerah COTY Malaysia

COTY Malaysia 2019 melibatkan saingan pelbagai model dalam 19 kategori berbeza yang dimenangi:

SEDAN & HATCHBACK

  • Kerete Aras Mula: Proton Saga 1.3 (facelift)
  • Kereta Kompak: Toyota Yaris
  • Kereta Sedan/Hatchback: Mazda3 2.0 Skyactive High Plus
  • Kereta Premium Kompak Eksekutif: Mercedes-Benz A250
  • Kereta Sedan Keluarga Besar: Kia Optima GT
  • Kereta Premium Eksekutif: BMW 330i M Sport
  • Kereta Sedan Besar Eksekutif: BMW 530e M Sport (PHEV)
  • Kereta C Suite: BMW 740L

SUV & CROSSOVER

  • Kereta People Mover: Perodua Aruz 1.5
  • Kereta SUV & Crossover Kompak: Honda HR-V 1.5 Hybrid
  • Kereta Crossover Pertengahan & SUV 5-Kerusi: Proton X70 2WD Premium
  • Kereta Crossover Pertengahan & SUV 7-Kerusi: Hyundai Santa fe 2.2 Diesel
  • Kereta SUV Pertengahan Premium: Porsche Macan
  • Kereta SUV Mewah Premium: Mercedes-Benz GLC 63
  • Kereta SUV Premium Kompak: Volvo XC40 T5

SEGMEN PIKAP TRAK TWIN CAB

  • Ford Ranger 2.0 XLT

SEGMEN MPV

  • Kia Grand Carnival 2.2D (facelift)

SEGMEN HOT HATCH

  • Renault Megane RS 280 Cup

SEGMEN COUPE

  • BMW M2 Competition

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, COTY, COTY 2019, COTY Malaysia 2019, Dr Li Chun Rong, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, Proton X70, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev