• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Bikin SUV Subkompak Baharu, Lebih Kecil daripada C-HR, Guna Platform Yaris

Toyota Bikin SUV Subkompak Baharu, Lebih Kecil daripada C-HR, Guna Platform Yaris

January 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA dilaporkan sedang dalam proses pembinaan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil baharu yang akan diposisikan di bawah C-HR dengan menggunakan asas platform GA-B, sama seperti Yaris baharu.

SUV Toyota kecil baharu itu dijangka didedahkan selepas penggal kedua tahun ini yang akan berental dengan model pesaing lain seperti Renault Captur dan Nissan Juke.

Yaris versi Toyota ini juga akan mempunyai saiz yang sama seperti barisan model supermini semasa, berukuran 4 meter panjang dengan meletakkan model ini dalam SUV segmen-B di Eropah buat kali pertama.

Naib Presiden Eksekutif Toyota Eropah, Matt Harrison berkata, ada segmen tertentu (SUV) semakin berkembang dengan menarik perhatian pelanggan dari segmen-C (Toyota Corolla, Volkswagen Golf).

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!

PLATFORM TNGA-B BAHARU

SUV berasaskan Yaris itu kelak akan menjadi model kedua Toyota yang menggunakan platform TNGA-B, terdiri daripada strut MacPherson di depan dan torsion beam di belakang. Berbanding hatchback Yaris, SUV tersebut dijangka lebih panjang, iaitu kira-kira 40mm lebih tinggi, termasuk jarak roda lebih panjang dan tayar lebih lebar.

Platform tersebut juga serasi dengan suspensi belakang multilink yang lebih diperhalusi, yang membayangkan kemungkinan Toyota menawarkan versi pacuan semua roda (AWD).

Menariknya, platform ini juga membolehkan Toyota menawarkan SUV itu ditawarkan sebagai model yang dilengkapkan trenkuasa hibrid penuh sahaja, seperti enjin 1.5L (113hp) yang digunakan hatchback Yaris (2020) dalam pacuan roda depan (FWD).

Toyota juga kemungkinan besar menawarkan enjin petrol 1.5L  biasa, tetapi bergantung kepada pasaran tertentu dan permintaan.

BACA >>> Toyota UK Lancar C-HR (2020) dengan Tambahan Enjin 2.0L Hibrid Ringan Baharu, 183hp

SUMBER: CarScoops | AutoExpress

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV subkompak, Toyota, Toyota C-HR, Toyota Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev