PIAGGIO Group melancarkan beca elektrik penuh, Ape E-City di India sebagai langkah meneroka pasaran kenderaan komersial elektrik di negara Asia Selatan itu.
Piaggio sedang berusaha membawa pembaharuan terhadap sistem mobiliti komersial ringan di India sejak 70 tahun lalu. Ini kerana Ape adalah antara mod pengangkutan awam kos rendah paling popular di negara itu sejak berdekad lama. Malah turut digunakan sebagai kenderaan menjual makanan dan muatan kargo.
BACA >>> Gogoro-Yamaha Bakal Lancar Skuter Elektrik, EC-05 dengan Bateri Boleh Tanggal
Tambahan lagi India kini berdepan masalah pencemaran udara teruk di beberapa bandar utama kerana Ape sedia ada masih menggunakan enjin dua lejang.
Ape E-City tidak mengambil banyak masa untuk menunggu bateri dicas penuh. Apa dilakukan Piaggio adalah menawarkan konsep tukar ganti pek bateri di mana-mana Stesen Pertukaran Pantas (QIS) di bawah rangkaian syarikat tenaga India, Sun Mobility.
Khabarnya, ada kira-kira 50 lokasi stesen QIS di 10 bandar utama India menjelang Mac nanti.
BACA >>> India Turunkan Kadar GST 12% Kepada 5% untuk Motor Elektrik, Harga Dijangka Murah
Semua stesen QIS mampu menyelia urusan penukaran hingga 150 pek bateri sehari dan masa diperlukan untuk menukar satu pek bateri kurang dua minit. Jadi, kos yang perlu ditanggung pengusaha Ape E-City pasti lebih rendah berbanding model petrol.
Ape E-City dipacu bateri jenis 4.7kWh litium-ion dengan jarak perbatuan sejauh 80km bagi setiap cas penuh. Piaggio dikatakan akan menjual Ape E-City pada harga tidak jauh berbeza dengan Ape konvensional versi petrol, iaitu bermula 1.97 lakh (RM11,222).
Pasaran kenderaan elektrik di India dianggarkan bernilai hampir AS$71 juta (RM291 juta) dan dijangka meningkat lebih AS$700 juta (RM2.87 bilion) menjelang 2025.
BACA >>> Project Zero - Cafe Racer Elektrik Buatan Nepal, Boleh Tunggang 230km Sekali Cas
Leave a Reply