DUA gambarajah paten Honda MSX125, juga dipanggil Grom, bocor di media sosial yang mendedahkan wajah baharu minibike itu.
Berdasarkan gambarajah tersebut, model tersebut masih mengekalkan asas rekabentuk sama dengan kedudukan ekzos bawah pelana, dan saiz tangki kompak.
BACA >>> Honda MSX125 SF Perkenal 4 Warna Baharu Serba Silau dan Mengancam
Sektor lampu utama dan lampu henti seperti diberikan ciri LED, manakala panel spidometer nampaknya didigitalkan, dan dilengkapkan juga Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Menariknya, rupa lampu depan MSX 125 direka semula daripada bentuk bujur kepada bulat ala model siri CB Neo Sport Cafe, sekali gus menukarkan wajah asal model ini menjadi mini bike gaya retro moden.
Khabarnya, MSX125 versi facelift ini akan debut di Thailand.
BACA >>> Honda CB150R ExMotion - Motosikal Neo-Retro 150cc Pertama Honda Dilancarkan di Thailand
Leave a Reply