• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jarvis: Yamaha Mahu Kalahkan Marquez Musim Ini!

Jarvis: Yamaha Mahu Kalahkan Marquez Musim Ini!

January 6, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

749
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DOMINASI Marc Marquez sepanjang aksi Kejuaraan Dunia MotoGP musim lalu tidak perlu dibahaskan lagi. Tentunya musim perlumbaan 2020 akan datang, beliau akan dijadikan penanda aras buat pasukan lain dalam mencapai kemenangan podium.

Bos Yamaha Racing, Lin Jarvis mendakwa pasukannya mampu mengalahkan Marquez berdasarkan perkembangan positif ditunjukkan sejak musim lalu. Beliau yakin Yamaha kini di laluan baharu dan sudah menemui penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi sejak dua tahun lalu.

BACA >>> Rossi: Yamaha M1 yang Laju Perlukan Pelumba Uji Laju Macam Lorenzo

ROMBAKAN KE ARAH LEBIH BAIK

Valentino Rossi_6
Marc Marquez vs Valentino Rossi
Valention Rossi Crash_1

Rombakan demi rombakan dilakukan supaya kekal kompetitif termasuk meletakkan Takahiro Sumi sebagai ketua projek baharu menggantikan Kouji Tsuya. Jarvis juga mengakui Yamaha sudah melakukan banyak perubahan dari segi organisasi dan teknikal.

Jarvis berkata;

"Kalau tengok kedudukan 2018 ketika perlumbaan akhir Valencia, dan kedudukan pada 2019, sejujurnya ​​tak banyak perbezaan dalam hal kedudukan yang dicapai. Tapi aku rasa 2019 sedikit berbeza. Kami berubah, terutama musim sejuk lalu dengan perubahan dalaman yang membawa kami ke jalan baharu.

"Kami perbaiki kesalahan dulu dan itu mendorong kami. Kau dapat lihat (perbezaan) pada separuh kedua musim 2019."

Tambah Jarvis lagi;

“Ini perubahan terbesar kami. Setiap kali ada pasukan atau perniagaan, kau perlu memanfaatkan semua kemampuan setiap pasukan ataupun individu untuk bekerjasama, aku rasa kami sudah buat semua tu.

"Jika kami dalam kesukaran, kami akan cari penyelesaiannya. Jika penyelesaian bukan bahagian dalam, kami pergi luaran dan itulah perubahan utama kami."

BACA >>> Marc Marquez: Mustahil Rossi Jadi Kawan Saya

KALAHKAN MARQUEZ

lin-jarvis-yamaha
marc-marquez-gp-valencia-1

Walaupun berdepan kesukaran mengenai kontrak barisan pelumba Yamaha  yang akan tamat hujung musim ini, Jarvis dan Yamaha kekal komited menyediakan pakej paling ampuh menentang Marquez.

"Agak sukar pelumba Honda lain menjinakkan motor buas itu (RC213V) dan mengalahkan dia (Marquez). Kena cuba alternatif lain, mungkin gaya berlumba, jentera dan apa saja cara lain. Yamaha pula lebih seimbang dan lebih tepat dari segi jentera."

“Kami akan kalahkan Marquez dengan cara kami sendiri, tentunya dengan keterampilan pelumba Yamaha," kata Jarvis, optimis.

BACA >>> Inilah 5 Pilihan yang Rossi Ada Jika Yamaha Tidak Sambung Kontrak MotoGP

Related

749
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, Kejuaraan Dunia MotoGP, Lin Jarvis, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2020, Pasukan Yamaha MotoGP, Sejarah Yamaha, Takahiro Sumi, Valentino Rossi, Yamaha, Yamaha Monster Energy, Yamaha MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev