JIKA Malaysia baru saja melancarkan Honda RS150R (2020) versi dipertingkat (facelift) sebagai model pembuka tahun baharu, pembeli Indonesia pula menerima sportbike CBR150R (2020), juga edisi facelift yang dilancarkan PT Astra Honda Motor (AHM) sempena 2020.
BACA >>> Honda RS150R (2020) Facelift yang Lebih Sporty Rasmi Dilancarkan, Harga Mula RM8.2k
Varian CBR150R Dominator (foto atas) tampil dengan warna baharu serba hitam, dinamakan Matte Black (hitam kusam) bagi memenuhi kepelbagaian cita rasa peminat sportbike republik itu.
Warna hitam baharu itu juga digunakan pada panel sisi varian lain dengan rekaan grafik dan tipografi baharu. Pilihan Matte Black juga ditawarkan dengan konsep Sport jalanan dan varian Victory Black Red (hitam merah) berkonsepkan 'Racing Look'.
Trenkuasa masih dijana enjin 150cc DOHC dengan teknologi PGM-FI berkuasa 16.8hp dan tork 14.4Nm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
BACA >>> #BikinMotor: Honda CBR150R Tema Helmet Alex Marquez
Varian dan harga CBR150R (2020) adalah seperti berikut:
- Honda CBR150R (Matte Black) - Standard: Rp34,934,000 (RM10,280)
- Honda CBR150R Victory Black Red - Rp34,934,000 (RM10,280) | ABS: Rp38,934,000 (RM11,460)
- Honda CBR150R Dominator (Matte Black) - Standard: Rp35,633,000 (RM10,485) | ABS: Rp39,633,000 (RM11,660)
- Honda CBR150R Racing Red - Standard: Rp35,633,000 (RM10,485) | ABS: Rp39,633,000 (RM11,660)
- Honda CBR150R MotoGP Edition - ABS: Rp39,834,000 (RM11,721)
Eyka nadia says
Agak-agak cbr150r 2020 ini masuk Malaysia tak!!