• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Hanya Ada 10 Unit di Dunia, Aprilia RSV4 X Debut di Malaysia, Asia

Hanya Ada 10 Unit di Dunia, Aprilia RSV4 X Debut di Malaysia, Asia

January 3, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APRILIA pada Mac lalu memperkenalkan RSV4 X edisi terhad yang  cuma dikeluarkan 10 unit sahaja.

Superbike versi tunggangan trek itu dibina berasaskan Aprilia Racing dengan menggunakan komponen jentera yang beraksi dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dan Kejuaraan Dunia MotoGP.  Tempahan secara atas talian sudah dibuka sejak April tahun lalu pada harga jualan €40,000 (RM184,630), dan sudah pun ada pemiliknya.

Menariknya, pemilik pertama RSV4 X ialah mantan legenda GP250, GP500 dan MotoGP, Max Biaggi yang sebelum itu terlebih dulu menguji jentera tersebut di Litar Mugello, Itali.

BACA >>> Legenda Max Biaggi Jadi Pemilik Pertama Model Aprilia Paling Buas, RSV4 X

Selain ditayangkan kali pertama di Malaysia, kehadiran RSV4 X juga adalah  penampilan sulung untuk rantau Asia. Sempena kedatangan model itu, Aprilia Malaysia bakal menganjurkan 2020 Track Day, hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang mana Biaggi sendiri akan menunggang Aprilia RSV4 X buat kali pertama di Asia.

RSV4 X  memperkenalkan beberapa ciri unik seperti transmisi ANN (Aprilia No Neutral) baharu dengan posisi neutral (N) diletakkan bawah gear-1. Aturan ini membolehkan anjakan gear dibuat lebih pantas dari gear-1 ke gear-2, dan mengelak tersilap menukar gear atas.

Sistem itu dibangunkan berasaskan pengalaman Aprilia dalam aksi WorldSBK dan MotoGP, dan ditawarkan kali pertama untuk model pengeluaran. Trenkuasa RSV4 X diperhalusi daripada enjin V4 pada RSV4 11000 Factory untuk menghasilkan ledakan kuasa 225hp, meningkat 8hp daripada enjin asal Factory.

BACA >>> Superbike Terpantas Itali, Aprilia RSV4 1100 Factory Kini di Malaysia, Harga RM160k

RSV4 X juga dipakejkan sistem penuh ekzos titanium Akrapovic dengan kanister karbon, penapis udara dinaik taraf dengan kebolehtelapan (permeability) tinggi, sama seperti digunakan jentera MotoGP, dan unit kawalan elektronik (ECU) talaan khas dengan tetapan trek.

Jurutera Aprilia turut meminimumkan berat superbike ini sebanyak 12kg, dengan berat keseluruhan 165kg. Ini dicapai dengan penggunaan bahan gentian karbon pada fairing dan pelbagai komponen lain. Ada juga beberapa komponen menggunakan kemasan aluminium bilet seperti tuil klac, gad tuil brek depan, gad enjin, peg kaki boleh laras dan plat stereng atas yang masing-masing menyumbang kepada berat badan jentera yang lebih ringan.

RSV4 X menggunakan rim magnesium tempa dengan tayar slik Pirelli, manakala sistem brek didatangkan dengan kaliper depan Brembo GP-4 MS yang mengapit sepasang brek cakera jalanan dengan teknologi T-Drive.

BACA >>> Aprilia RSV4 1100 Factory (2019) - RSV4 yang Paling Laju, Ringan dan Berkuasa, 217hp!

GALERI
Aprilia RSV4 X_1
Aprilia RSV4 X_3
Aprilia RSV4 X_4
Aprilia RSV4 X_5
Aprilia-RSV4-X-07
Aprilia-RSV4-X-06
Aprilia-RSV4-X-05
Aprilia-RSV4-X-04
Aprilia-RSV4-X-03
Aprilia-RSV4-X-02
Aprilia-RSV4-X-01

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia Malaysia, Aprilia RSV4, Aprilia RSV4 X, Didi Resources Sdn Bhd, Max Biaggi, MotoGP, roda2, superbike, WorldSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev