VINFAST baru saja melancarkan motosikal elektrik, Klara S versi naik taraf pada harga 39.9 juta dong (RM7,050) dengan tawaran pakej penukaran bateri percuma bermula 28 Disember lalu hingga 15 Mac 2020. Model itu diperkenalkan bersama dua lagi model VinFast, Ludo dan Impes.
Mengekalkan rekabentuk elegan gaya Itali, Klara S menampilkan beberaoa perincian yang ditambah baik dan dinaik taraf supaya memenuhi ragam dan fizikal penunggang Vietnam.
Klara S dilengkapkan bateri Bosch 1,2000W yang tahan lasak dan mampu memberikan kuasa pecutan terbaik dengan dua bateri litium-ion LG Chem. Jarak perjalanan untuk isian penuh mampu membawa skuter ini sejauh 120kmj jika ditunggang pada halaju 30kmj
BACA >>> VinFast Klara Lancar di Vietnam, Skuter EV dengan Insentif Tanpa Faedah
Klara S turut memiliki ciri kalis air dengan standard IP57 dan IP67 daripada model terdahulu yang membantu skuter ini beroperasi lancar walaupun meredah kedalaman air hingga setengah meter selama 30 minit.
Sebagai skuter elektrik pintar, Klara S disepadukan dengan eSIM yang memudahkan penunggang memantau status operasi kenderaan itu dan mengesan lokasi motosikal menggunakan aplikasi mobil, sekali gus mengurangkan risiko kecurian dan kehilangan.
BACA >>> VinFast - Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?
Klara S dijual pada harga 39.9 juta dong (RM7,050), tidak termasuk bateri. Bagaimanapun, pembeli boleh menyewa bateri secara tukar pakai seperti model Ludo dan Impes dengan deposit serendah 2.4 juta dong (RM424) untuk dua bateri litium-ion.
Pengguna boleh mengecas bateri di rumah, atau menukar bateri di stesen khas. Menariknya, VinFast kini menawarkan promosi tukar bateri percuma di semua stesen seluruh Vietnam bermula sekarang hingga 15 Mac 2020.
Pakej tersebut bukan saja membantu pengeluar mengurangkan kos produk, tetapi juga membantu menggalakkan orang ramai membeli motosikal elektrik selain memberikan kemudahan buat pengguna. Sebagai tambahan, pengeluar dalam mengawal kualiti bateri dan melupuskan sumber kuasa itu apabila diperlukan, termasuk mengelak risiko pencemaran alam sekitar.
BACA >>> Peminat Punya Pasal, Suzuki Vietnam Bakal Lancar Satria F150 Versi Import Indonesia
Leave a Reply