• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jarvis: Yamaha Rekrut Lorenzo Sebab Rossi Hendak Masuk F1

Jarvis: Yamaha Rekrut Lorenzo Sebab Rossi Hendak Masuk F1

January 2, 2020 By Aryon Leave a Comment

977
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOS Yamaha Racing, Lin Jarvis mengakui tidak menjangka yang Valentino Rossi akan kekal begitu lama bersama Yamaha. Malah beliau turut mendedahkan rahsia kenapa Jorge Lorenzo dipilih untuk menjadi rakan pasukan kepada Rossi.

Lorenzo tiba sebagai rakan pasukan baharu Rossi dalam MotoGP 2008 dengan reputasi sebagai juara GP250 2007. Gandingan kedua-dua pelumba itu memberikan kejuaraan berganda buat Yamaha dalam kategori pelumba dan pengilang.

Debut Lorenzo sebagai rookie MotoGP pada 2008 nyata cemerlang dengan meraih empat kali petak mula (pole position), lebih banyak daripada Rossi sendiri (dua kali), termasuk menjadi juara GP Portugal dan enam kali podium dengan menamatkan aksi di tempat keempat.

BACA >>> Rossi: Yamaha M1 yang Laju Perlukan Pelumba Uji Laju Macam Lorenzo

lorenzo-rossi-seteru-1
lorenzo-rossi-seteru-3
lorenzo-rossi-seteru-2

Kedatangan Lorenzo mewujudkan perseteruan baharu antara dia dan Rossi. Ini dibuktikan apabila Rossi menjadi juara 2008 dan 2009, dan giliran Lorenzo pula melakukannya pada 2010 sebelum beliau berhijrah ke Ducati.

Dalam temubual dengan CNN, Jarvis berkata, Yamaha tidak pernah berhasrat untuk menjadikan Lorenzo dan Rossi saling berseteru satu sama lain. Alasannya, Rossi pada masa itu pernah menyuarakan hasrat untuk berlumba dalam Formula Satu (F1).

Ini bukan cerita lawak kerana Rossi pernah menjalani ujian F1 pada 2006 dan menunjukkan potensi untuk menyinar dalam F1. Malah Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) juga memberikan jaminan untuk memberikan ruang kepada pelumba Itali itu.

BACA >>> Jack Miller: Semua Pelumba Perlukan Masa Serasi Motor Baharu, Kecuali Rossi

lin-jarvis-yamaha
rossi-jarvis-vinales-2017

Bagaimanapun, hasrat itu gagal dilaksanakan yang akhirnya mengheret kepada perseteruan klasik antara Rossi dan Lorenzo walaupun dalam kem sama. Ini berterusan apabila Rossi kembali ke Yamaha dari Ducati pada 2013, hingga Lorenzo pula berhijrah ke Ducati pada 2017.

Perseteruan sangat panas kerana Valentino adalah king masa tu, dan Lorenzo pula pendatang baru, senapang muda. Jadi, susah nak kawal, memang susah sebab kau ada dua rider top dalam pasukan, tetapi bila kami dapat uruskan, kami dapat tiga kali berturut-turut jadi juara 'Triple Crown'.

"So, bila kau ada pelumba kompetitif dalam pasukan, itu akan naikkan pasukan, diorang akan saling push, dan kau cuma harap diorang tak rosakkan diri sendiri.

"Kami pilih dia (Lorenzo) untuk ganti Rossi kerana kami fikir dia akan bersara tak lama lagi dan masuk F1, itu pada 2006. Memang susah nak ramal yang Lorenzo pula yang bersara dulu sebelum Rossi. Hidup memang kadang-kadang pelik," kata Jarvis.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara

SUMBER: VisorDown

Related

977
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: F1, Formula Satu (F1), JL99, Jorger Lorenzo, Lin Jarvis, MotoGP, sukan permotoran, Valentino Rossi, VR46, Yamaha MotoGP, Yamaha Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev