• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 700 Penunggang Dego Ride Mula Operasi Hari Ini, Lembah Klang Sahaja!

700 Penunggang Dego Ride Mula Operasi Hari Ini, Lembah Klang Sahaja!

January 1, 2020 By Aryon Leave a Comment

385
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKHIDMATAN motosikal e-hailing, Dego Ride memulakan operasi hari ini selepas mendapat kelulusan khas Kabinet.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkhidmatan itu dijangka mampu menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada belia yang memiliki motosikal, terutama golongan berpendapatan rendah (B40) dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500 hingga RM3,500.

“Walaupun ini bukan pekerjaan jangka masa panjang, segelintir mungkin, tetapi setidak-tidaknya dapat dijadikan batu loncatan (untuk mencari rezeki) jika hendak dibandingkan sebelum ini kerana kita nak pastikan nasib anak muda sentiasa terbela,” katanya selepas merasmikan pejabat urusan Dego Ride di Kuala Lumpur, hari ini.

BACA >>> Menteri: Motosikal e-Hailing Bukan untuk Gojek Indonesia Sahaja

Dego Ride kini menawarkan perkhidmatan teksi e-hailing untuk penduduk Lembah Klang yang boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar. Selain pengangkutan, penyedia perkhidmatan itu turut menawarkan servis penghantaran makanan dan dokumen.

Asalnya, Dego Ride sudah memulakan perkhidmatan pada November 2016 pada kadar tambang serendah RM2.50 dan terhad kepada perjalanan sejauh 3km sekitar Lembah Klang. Bagaimanapun dua bulan selepas itu, pada Januari 2017, Kerajaan mengarahkan syarikat itu menutup operasi atas alasan keselamatan dan melanggar peraturan lesen kenderaan persendirian, serta Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

BACA >>> Teksi Motosikal - Dego RIDE Diarah Tutup, Tiada Lesen Operasi

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, sehingga kini ada hampir 4,000 pengguna yang mendaftar sebagai ‘rider’, tetapi sebagai permulaan cuma 700 permohonan diluluskan.

“Syarat-syarat menjadi rider adalah berumur 18 tahun ke atas, mempunyai lesen penuh B2, perlindungan insurans dan sekiranya berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian,” katanya yang berhasrat meluaskan perkhidmatan itu ke negeri lain dalam masa terdekat.

Menurut Nabil, semua jenis motosikal berkapasiti 150cc dibenarkan kecuali motosikal yang diubah suai bagi memastikan keselamatan penumpang.

GALERI
dego-ride-mula-operasi-2020-1
dego-ride-mula-operasi-2020-2
dego-ride-mula-operasi-2020-3
dego-ride-mula-operasi-2020-4
dego-ride-mula-operasi-2020-5
dego-ride-mula-operasi-2020-6
dego-ride-mula-operasi-2020-7
dego-ride-mula-operasi-2020-8
dego-ride-mula-operasi-2020-9
dego-ride-mula-operasi-2020-10
dego-ride-mula-operasi-2020-11
dego-ride-mula-operasi-2020-12

SUMBER: Bernama

Related

385
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Auto Terkini, Dego RIDE, Menteri Belia dan Sukan, mobile app, Motosikal e-Hailing, Perkhidmatan Motosikal e-Hailing, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, teksi motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev