• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Dunlop Perkenal Mutant, Siri Tayar Semua Cuaca untuk Lebih 370 Jenis Model Motosikal

Dunlop Perkenal Mutant, Siri Tayar Semua Cuaca untuk Lebih 370 Jenis Model Motosikal

January 1, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNLOP memperkenalkan Mutant sebagai siri tayar motosikal baharu yang dibangunkan khas untuk tunggangan dalam semua cuaca (all-weather).

Mutant juga adalah jenis tayar crossover untuk pelbagai segmen motosikal, dan sangat versatil untuk menghadapi pelbagai cabaran rupa bumi.

BACA >>> #TahukahAnda: Bilakah Masa Tepat Kena Tukar Tayar Motor Baharu?

Dunlop Mutant dapat dipasangkan pada lebih 370 model motosikal dalam pelbagai segmen berbeza. Ini termasuk advencer, sport-touring, naked, retro atau scrambler.  Dijangka mula dijual bulan ini, pembuatan tayar baharu Dunlop ini menggabungkan segala pengalaman dimiliki Dunlop dalam industri pembuatan tayar membabitkan beberapa varian produk.

Antaranya, tayar jenis hypersport dan touring dengan teknologi sukan permotoran untuk permukaan trek basah. Dunlop menggelarkan ia sebagai teknologi semua musim, termasuk kombinasi lapisan (ply) material pada kompaun dan pembinaan yang dicipta untuk berfungsi dalam keadaan cuaca mencabar.

BACA >>> #RetroAuto: John Boyd Dunlop Rintis Penciptaan Tayar Pneumatik Moden

Ini membolehkan tayar Mutant mendapat rating M+S yang bermaksud produk itu sesuai untuk situasi mencabar. Pengurus Produk Dunlop Motorcycle Europe, Dmitri Talboom berkata:

"Mutant menawarkan pengendalian dan kestabilan diharapkan penunggang daripada tayar jenis hypersport. Ia menggabungkan grip terbaik dalam cuaca basah ketika perlumbaan, dan memiliki ketahanan daripada tayar jenis touring,." katanya.

Siri tayar Dunlop Mutant terdiri daripada lima pilihan tayar depan depan dan enam saiz tayar belakang untuk lebih 370 jenis motosikal. Paten bunga tayar Mutant menggabungkan imej agresif dengan rekaan aliran dinamik (pelbagai arah).

BACA >>> #ApaNakBuat: Perlukah Tayar Motosikal Diimbangkan?

SUMBER: Dunlop

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, alat ganti, Dmitri Talboom, Dunlop Mutant, Komponen, Tayar, tayar motor, tayar motosikal

Comments

  1. Azx Merah says

    January 3, 2020 at 11:31 AM

    This is what I want a series of tires that can be ridden in all weather conditions. I'm so excited to have it. Dunlop mutant.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my