• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Versi Kustom Pertama di Dunia

#BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Versi Kustom Pertama di Dunia

December 27, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

GAME Over Cycles (GOC) dari Poland menjadi syarikat pembina motosikal pertama dunia yang menghasilkan Yamaha Niken versi kustom. Niken sentuhan GOC itu ditayangkan kepada pengunjung pameran motosikal kustom, Custom Bike Messe 2019 di Bad Salzuflen, Jerman.

Malah, jentera tiga roda itu turut dipilih sebagai pemenang Anugerah Motosikal Paling Luar Biasa dengan menewaskan lebih 1,000 model kustom lain yang mengambil bahagian dalam pameran dagangan terbesar untuk motosikal kustom dunia.

BACA >>> #BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Pertama Dunia yang Dipasangkan Turbo

GOC turut berkongsi pelbagai gambar sepanjang acara berkenaan, termasuk koleksi studio Niken kustom yang mengambil masa selama 1,400 jam untuk disiapkan.

Ketua GOC, Stanisław Myszkowski berkata;

“Ramai melihat Niken sebagai revolusi, ramia juga mengganggap ia motosikal kontroversi. Ini reaksi orang ramai terhadap motosika kustom kami."

Pakar kustom GOC memulakan kerja mengubah suai Niken dengan menggantikan semua komponen plastik kepada aluminium.

Pelbagai cabaran dihadapi sepanjang merekabentuk komponen baharu itu, terutama dalam menghasilkan panel badan tidak bergesel berikutan ciri Multi-Roda Miring (LMW) yang ada pada jentera tersebut. Cabaran lain adalah seperti sistem suspensi depan yang mampu bergerak secara independen. Jadi, GOC perlu memastikan keseimbangan yang tepat antara penggunaan komponen baharu dan sifal asal pengemudian Niken.

Berbekalkan rekabentuk asal Niken yang sedia agresif, komponen aluminium membantu menyerlahkan karakter model tersebut dan pada masa sama tidak menjejaskan ciri aerodinamik asal.

Ketua Pengarah Yamaha Motor Poland, Magdalena Piskorz menyuarakan rasa kagum dengan kualiti kustom dihasilkan GOC.

SENARAI KOMPONEN MODIFIKASI

  1. Penutup stereng roda bersama perumah bekas simpanan minyak brek.
  2. Tuil brek dan klac
  3. Cermin sisi
  4. Penutup spidometer
  5. Fender depan
  6. Fender belakang
  7. Elemen ekzos Akrapovic
  8. Frem pemegang pelana
  9. Tapak pelana
  10. Tangki minyak
  11. Penapis udara
  12. Penutup sistem penyejukan
  13. Penutup bateri
  14. Penutup sistem suspensi dan enjin
  15. Perumah lampu depan

KOMPONEN TANPA KEMASAN YANG DIKILATKAN HINGGA MENAMPAKKAN ALUMINIUM

  1. Semua roda
  2. Pemegang fender belakang
  3. Swingarm
  4. Suspensi depan
  5. Pemegang peg kaki (footrest)
  6. Penutup enjin
  7. Keseluruhan frem motosikal
  8. Pelana kulit
GALERI
Yamaha Niken Kustom (6)
Yamaha Niken Kustom (16)
Yamaha Niken Kustom (4)
Yamaha Niken Kustom (15)
Yamaha Niken Kustom (1)
Yamaha Niken Kustom (5)
Yamaha Niken Kustom (8)
Yamaha Niken Kustom (11)
Yamaha Niken Kustom (9)
Yamaha Niken Kustom (3)
Yamaha Niken Kustom (10)
Yamaha Niken Kustom (14)
Yamaha Niken Kustom (13)
Yamaha Niken Kustom (7)
Yamaha Niken Kustom (12)
Yamaha Niken Kustom (2)

SUMBER: Ultimatemotorcycling

 

Related

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Custom Bike Messe 2019., Game Over Cycles (GOC), Leaning Multi-Wheel (LMW), Magdalena Piskorz, roda2, Stanisław Myszkowski, Yamaha, Yamaha Niken, Yamaha Niken Kustom

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev