• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

December 31, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

500
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FERRARI tidak bercadang menghasilkan model khas untuk golongan wanita. Menurut pengeluar automotif Itali itu, adalah satu 'kesilapan' menghasilkan supercar untuk pelanggan wanita kerana mereka sebenarnya tidak mahu pun 'Ferrari wanita'.

Kami tahu ada jumlah pemandu wanita mahu memandu Ferrari. Perkara penting kami pelajari, mereka tidak mahu Ferrari untuk wanita."

- ENRICO GALLIERA, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komersial Ferrari NV dan Naib Presiden Kanan Jualan Ferrari SpA

Ferrari juga bimbang model feminin akan menyebabkan pelanggan lelaki sebagai majoriti pembeli supercar jenama itu akan beralih kepada pengeluar lain.

"Perempuan yang mahukan kereta sport memang mahu memandu kereta sport. Apa kesilapan yang (syarikat) automotif lakukan, dan kami cuba untuk tidak buat perkara sama adalah menghasilkan kereta untuk wanita," kata Galliera.

BACA >>> Ferrari F8 Tributo (710hp, 770Nm) Berlabuh di Malaysia, Harga RM1.068 Juta Sahaja!

ferrari-pink-1
ferrari-pink-2

Menurut Galliera lagi, jika dia mencipta sebuah Ferrari yang kurang agresif dan kurang berkuasa, golongan lelaki tidak akan membelinya.

"Mereka tak akan beli kereta perempuan. Wanita pula tak akan beli, kenapa mereka perlu ada diskriminasi macam ini? Kenapa mereka ditawarkan kereta kurang berkuasa?" katanya.

Walaupun tidak menumpukan kepada rekabentuk feminin, Ferrari mengakui ada ramai pemandu wanita memandu supercar jenama itu. Menariknya, ia bukan kerana pengenalan model-model tertentu, tetapi lebih kepada aktiviti untuk pasangan.

"Kami menyaksikan (peningkatan pelanggan wanita) seluruh dunia. Saya harus jujur, ini kerana kami banyak buat aktiviti untuk pasangan supaya mereka berkongsi pengalaman. Ia bukan aktiviti litar untuk kaum lelaki.

"Semua aktiviti yang kami buat seluruh dunia supaya anda dapat menikmati persekitarannya, makanan sedap, restoran menarik, dan perkara lain untuk menarik kehadiran pasangan ke acara seperti ini, mengurangkan jurang antara Ferrari dan segmen wanita" katanya.

BACA >>> Enjin V12 Ferrari FF Akan Dilelong, Dipercayai Jadi Prototaip Ujian Kilang

Ferrari- roma (2)
Ferrari- roma (3)
Ferrari- roma (1)

Galliera juga memberitahu, pelanggan wanita takut memandu Ferrari yang 'amat agresif dan sporty', tetapi model lebih elegan seperti Roma (foto atas) mampu mengurangkan kebimbangan itu. Pada masa sama model itu, yang sebuas 600hp, mensasarkan pelanggan lelaki dan wanita.

Ferrari berbeza dengan pengeluar lain kerana mempunyai suruhanjaya dalaman tersendiri yang akan menentukan sama ada permintaan (pelanggan) itu selari dengan kedudukan Ferrari atau sebaliknya.

"Pada masa lalu, ini bukan datang dari rantau ini, tetapi kami ada pelanggan yang minta untuk memiliki kereta dicatkan merah jambu. Kami cakap maaf, kami tidak buat," kata Galliera yang menegaskan ada beberapa warna atau kombinasi warna yang dipercayai tidak sepatutnya dicat pada model Ferrari.

BACA >>> Ferrari 250 GTO (1962) Pecah Rekod Kereta Lelong Paling Mahal Dunia - RM199.6 Juta

SUMBER: ArabianBusiness|Ferrari

Related

500
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari Roma, Ferrari untuk Wanita, Kereta Sport, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev