• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lorong RFID Akan Ditambah di 62 Plaza Tol Bermula 1 Januari 2020

Lorong RFID Akan Ditambah di 62 Plaza Tol Bermula 1 Januari 2020

December 24, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PILIHAN mod pembayaran elektronik di lebuh raya menggunakan teknologi identifikasi frekuensi radio (RFID) akan menambah lebih banyak lorong khas untuk sistem itu di  62 plaza tol dan lebuh raya sistem tol terbuka untuk kenderaan kelas 1 bermula 1 Januari 2020.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pilihan pembayaran tol menggunakan RFID dijangka melancarkan aliran trafik di lorong tol kerana pengguna tidak perlu berhenti  di pondok tol dan menyentukah kad pada pengimbas palang.

BACA >>> CIMB, PLUS Akan Tambah Pilihan Bayaran Tol Lebih Mudah Menerusi TnG RFID

Sistem Touch N Go RFID Di Malaysia_PanduLaju_DSC08935
Sistem Touch N Go RFID Di Malaysia_PanduLaju_IMG_2670
rfid-tng-malaysia-bg

Menurutnya, kelebihan RFID kepada pengguna lebuh raya melibat pelbagai aspek penggunaan tol seperti transaksi pembayaran tol dan kos penggunaan juga percuma kerana pelekat RFID tidak memerlukan bateri, dan cuma perlu ditampal pada kenderaan.

Urusan menambah nilai kredit pula boleh dibuat secara atas talian, sama seperti Touch 'N Go.

“Ia juga mengurangkan isu operasi sedia ada membabitkan pengguna seperti lewat meletakkan peranti SmartTAG atau diletakkan secara terbalik dan bateri lemah,” kata Baru.

Maklum balas positif pengguna lebuhraya hasil pelaksanaan ujian rintis RFID di plaza tol terpilih bermula 2018 menyaksikan peratusan pengguna RFID meningkat kepada lebih 830,000 orang. Kerajaan turut menasihatkan pengguna lebuh raya mendapatkan pelekat RFID bagi memastikan e-dompet mempunyai baki mencukupi sebelum memasuki lebuh raya supaya perjalanan jadi lancar dan selesa.

Antara lebuh raya terbabit ialah:

  • Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuhraya KL-Karak (KLK)
  • Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)

Kutipan tol secara RFID adalah langkah awal Kerajaan ke arah pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti di lebuh raya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bayaran tol pada masa depan.

Mereka yang mahu mendapatkan pelekat RFID boleh berbuat demikian dengan mengunjungi 130 pusat pemasangan, membabitkan 18 pusat TNG dan 112 pusat bergerak.

BACA >>> 20 Soalan-Jawapan Tentang RFID Touch 'N Go yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: HMetro

Related

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Baru Bian, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), RFID, Sistem RFID, TnG, TnG RFID, Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev