• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polestar 2 - Kereta Elektrik yang Mampu Tunda Muatan Seberat 1.5 Tan!

Polestar 2 - Kereta Elektrik yang Mampu Tunda Muatan Seberat 1.5 Tan!

December 26, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini tular mengenai keupayaan tunda trak pikap Tesla Cybertruck, tetapi faktanya, kenderaan elektrik (EV) mempunyai konfigurasi kuasa berbeza berbanding enjin konvensional.

Motor elektrik memiliki tork tinggi dan hantaran kuasa yang dapat dijana serta-merta walaupun dipasangkan pada motosikal.

BACA >>> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal

Terbaharu, Polestar mendedahkan keupayaan Polestar 2, iaitu model fastback spesifikasi tinggi dengan fokus kepada pemandu yang mana saingan terdekat ialah Tesla Model 3. Keupayaan tundaan dengan treler berbrek (braked towing capacity) ialah 1.5 tan, sekali gus menjadikan ia peneraju dalam kenderaan kompak elektrik.

Polestar 2 dibangunkan bukan hanya untuk prestasi, tetapi juga memenuhi gaya hidup pelanggan. Keupayaan tunda setinggi itu membolehkan pemilik membawa pelbagai muatan tambahan seperti motosikal, bot dan sebagainya.

Selain keupayaan tunda tinggi, Polestar 2 juga direka untuk akses mudah isian barangan di belakang dengan kapasiti muatan 440 liter, dengan 405 liter untuk keluasan ruang but dan bakinya di ruang simpanan depan. Muatan belakang boleh diisi mudah menerusi pintu yang boleh dibuka luas.

Jika isian belakang dan depan belum cukup, bahagian bumbung boleh dipasang rak yang mampu menampung beban hingga 75kg. Bagi membawa beban tambahan pula, treler kereta boleh disambungkan dengan bar tunda elektrik boleh simpan, iaitu aksesori pilihan Polestar yang boleh dimiliki pada harga £1,000 (RM5,380).

Apa yang membuatkan Polestar 2 begitu berkuasa ialah output motor elektrik 300kW (402hp) dan tork 660Nm yang dipacu sistem pacuan semua roda (AWD). Jika berminat, Polestar sudah pun mula mengambil tempahan Polestar 2 secara atas talian dengan barisan pengeluaran dijadualkan bermula awal 2020.

Bagi sesi pandu uji dan siri pameran umum, 50 reruai Polestar Spaces akan diperkenalkan serata dunia, dan dua daripadanya sudah pun dibuka iaitu di Beijing, China dan Oslo, Kanada. Harga permulaan Polestar 2 ialah AS$63,000 (RM260,820), tidak termasuk insentif Kerajaan (mengikut negara).

BACA >>> Volvo S60 Polestar Engineered Dilancarkan, Sedan PHEV dengan Enjin Berkuasa 405hp!

GALERI
Polestar 2.01
Polestar 2.06
Polestar 2.05
Polestar 2.04
Polestar 2.02
Polestar 2.03
polestar2-1
polestar2-2
polestar2-3
polestar2-4
polestar2-5
polestar2-6
polestar2-7
polestar2-8
polestar2-9
polestar2-10
polestar2-11
polestar2-12
polestar2-13
polestar2-14
polestar2-15
polestar2-16
polestar2-17
polestar2-18
polestar2-19

Related

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: EV, fastback, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Polestar, Polestar 2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev