• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo UK Tawar Servis Cuci Kereta Guna Aplikasi Telefon Pintar

Volvo UK Tawar Servis Cuci Kereta Guna Aplikasi Telefon Pintar

December 24, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DUNIA automotif masa kini hebat dengan konektiviti Internet, yang mana kereta anda sentiasa disambungkan dengan rangkaian komunikasi. Malah, penggunaan aplikasi mobil kini sudah jadi satu keperluan.

Jadi, tidak hairan pemandu boleh mengawal kereta mereka sejauh beribu-ribu kilometer asalkan disambungkan dengan Internet. Tidak kurang juga kereta yang mampu berinteraksi atau bercakap dengan pemandu.

BACA >>> #PanduUji: Volvo XC90 T8 Inscription Plus (2019) - Edisi Facelift yang Paling Eksklusif

Ini pula inovasi terbaharu ciptaan Volvo Car UK, yang juga perkhidmatan pertama seumpamanya di Eropah. Pemilik Volvo kini boleh memesan khidmat cuci kereta menerusi aplikasi mobil dalam telefon bimbit.

Aplikasi dipanggil Volvo Car Mobile Wash itu dibuat dengan kerjasama pakar pembersihan kereta terbesar Britain, GoWashMyCar.

Selain khidmat mencuci, ia turut menawarkan penyenggaraan percuma seperti memeriksa tekanan angin, kondisi tayar, dan paras cecair penyejuk enjin, menambah cecair pencuci cermin dan menyediakan laporan badan kereta. Pelanggan juga boleh memilih masa dan lokasi cucian, serta tidak perlu berada di lokasi untuk menunggu kereta dicuci.

BACA >>> Volvo S60 Polestar Engineered Dilancarkan, Sedan PHEV dengan Enjin Berkuasa 405hp!

Melalui platform digital Volvo On Call, pelanggan hanya perlu membuka kunci secara kawalan jauh apabila pekerja cuci sampai di lokasi, dan kembali mengunci kereta apabila kerja mencuci siap.

Cara menggunakan aplikasi mobil juga tidak sukar. Proses tempahan pula memerlukan pelanggan memilih dan menentukan lokasi, serta kategori cucian, termasuk servis pilihan tambahan seperti mengilatkan kereta.

Mudah bukan? Cuci kereta pun hanya di hujung jari. Caj yang dikenakan pun berpatutan mengikut pakej, iaitu:

  • Cucian Luaran - bermula £22 (RM117)
  • Basic Valet - bermula £29 (rm155)
  • Mini Valet - bermula £39 (RM209)
  • Penuh - bermula (RM938)

Setakat ini, servis itu ditawarkan kepada pengguna yang ada akses Volvo On Call dalam kawasan M25 di Britain.

BACA >>> Pusat 3S Volvo Kini Dibuka di Mutiara Damansara

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Auto Terkini, Cuci Kereta, GoWashMyCar, Volvo, Volvo Car Mobile Wash, Volvo Car UK, Volvo Cars, Volvo On Call

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev