• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Promosi Akhir Tahun SOCAR Malaysia, Rebut 500 Mata GrabRewards, Diskaun 15 Peratus!

Promosi Akhir Tahun SOCAR Malaysia, Rebut 500 Mata GrabRewards, Diskaun 15 Peratus!

December 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PERKHIDMATAN perkongsian kereta berasaskan aplikasi mobil, SOCAR Malaysia menawarkan promosi  akhir tahun Ho! Ho! Ho! sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru tidak lama lagi.

Setakat ini, ada 2,000 Zon SOCAR seluruh Malaysia, termasuk di 52 stesen Petronas sekitar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang yang membolehkan ahli SOCAR menikmati kemudahan mengambil dan memulangkan kereta.

Jika mahu kereta dihantar terus kepada anda, perkhidmatan SOCAR2U ditawarkan kepada penduduk di kawasan Lembah Klang terpilih seperti Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, TTDI, Damansara Utama, Damansara Intan, Sea Park, Sunway, Subang Jaya, SS15, Mont Kiara, Bangsar, dan Bukit Bintang.

Sila semak jika lokasi anda termasuk dalam Zon SOCAR2U menggunakan aplikasi mobil.

DAPATKAN 500 MATA GRABREWARDS

Pada masa sama SOCAR Malaysia bekerjasama dengan GrabRewards untuk menyediakan 3.3 juta mata GrabRewards untuk ahli SOCAR. Anda kini berpeluang mendapat 500 mata GrabRewards apabila menggunakan aplikasi GrabPay buat kali pertama untuk membuat tempahan SOCAR.

Bagaimana cara mendapatkan 500 mata GrabRewards?

Jika anda ahli baharu SOCAR:

  1. Muat turun aplikasi SOCAR menerusi AppleStore (iOS) atau PlayStore (Android).
  2. Daftar GrabPay anda sebagai metod pembayaran utama.
  3. Buat tempahan pertama anda dengan minimum tiga jam, dan bayar dengan GrabPay untuk mendapatkan 500 mata.

Jika anda ahli SOCAR sedia ada:

  1. Anda perlu daftar GrabPay sebagai metod pembayaran utama.
  2. Guna GrabPay buat kali pertama untuk membuat tempahan SOCAR.
  3. Nilai tempahan mesti minimum RM50 untuk mendapatkan 500 mata.

* Promosi sah untuk setiap model SOCAR sehingga 31 Januari 2020.
* Mata GrabRewards hanya akan dikreditkan setiap 6hb pada bulan berikutnya.

BACA >>> 8 Fakta Tentang SOCAR yang Perlu Anda Tahu - Sewa Kereta Pandu Sendiri Ikut Jam

DISKAUN UNTUK PEMEGANG KAD HONGLEONG BANK, CITIBANK

Nikmati diskaun hingga 15 peratus untuk setiap tempahan sepanjang Disember 2019 hingga 31 Januari 2020 apabila anda mendaftarkan kad Hong Leong Bank atau Citibank sebagai metod pembayaran dalam aplikasi SOCAR.

Kupon akan dikreditkan terus pada buku kupon ahli SOCAR semasa kad didaftarkan dan diluluskan dalam aplikasi tersebut. Bagaimana menikmati diskaun 15 peratus itu?

HongLeong Bank:

  1. Daftar kad debit/kredit anda sebagai metod pembayaran dalam aplikasi SOCAR.
  2. Kupon akan dikreditkan terus pada buku kupon anda.
  3. Nikmati 15 peratus diskaun tempahan mulai sepanjang Disember 2019 hingga 31 Januari 2020.

Citibank:

  1. Daftar kad kredit Citibank anda sebagai metod pembayaran dalam aplikasi SOCAR.
  2. Kupon akan dikreditkan terus pada buku kupon.
  3. Nikmati 15 peratus diskaun tempahan sepanjang Disember 2019 hingga 31 Januari 2020.

* Promosi terhad hingga RM80 dan sah untuk satu penebusan setiap hari.

Maklumat lanjut boleh layari www.socar.my atau muat turun aplikasi SOCAR menerusi AppleStore (iOS) atau PlayStore (Android).

BACA >>> Socar Tambah Volkswagen Polo 1.6 Hatchback untuk Model Kereta Sewa Pandu Sendiri

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Citibank, GrabRewards, Hong Leong Bank, Promosi Akhir Tahun Ho! Ho! Ho! Socar Malaysia, SOCAR, SOCAR Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev