• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Jualan Hero Splendor Merosot, Tapi Masih Nombor 1 di India

Jualan Hero Splendor Merosot, Tapi Masih Nombor 1 di India

December 23, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

287
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDIA memiliki pasaran motosikal terbesar dunia, dan tidak hairan muncul bermacam-macam model dalam pelbagai segmen di pasaran negara Asia Selatan itu.

Bagaimanapun, industri motosikal di India dikatakan mengalami kegawatan sejak awal tahun ini yang mana angka jualan dijangka mencatatkan penurunan.

HERO SPLENDOR
HONDA ACTIVA
HERO HF DELUXE

Berdasarkan statistik bulan lalu, jenama tempatan, Hero Splendor menduduki tempat pertama dengan jualan 223,289 unit, menurun 2,247 unit berbanding bulan sama tahun lalu, 225,536 unit. Tempat kedua ialah Honda Activa dengan jualan 212,164 unit, menurun kira-kira 6,048 berbanding bulan sama tahun lalu, 218,212 unit, yang menyaksikan penurunan ketara.

Hero Deluxe HF pula di tempat ketiga dengan jualan 159,544 unit, berbanding 168,839 unit pada bulan sama tahun lepas,  defisit 9,295 unit!

HONDA CB SHINE
TVS XL 100

Bagaimanapun, Honda CB Shine mencatatkan peningkatan, berada di kedudukan keempat, 75,144 unit, dan disusuli Bajaj Pulsar di tempat kelima, 68,268 unit.

Bajaj kini bersedia melancarkan jentera patuh syarat emisi BSVI, hasil kolaborasi bersama Husqvarna pada awal 2020 nanti. Malah, model KTM patuh BSVI dikatakan bakal dilancarkan beberapa  minggu akan datang.

BACA >>> Hero Kekal Jenama Motosikal Paling Laris India Bulan Lalu, Yamaha Tiada dalam Ranking

BAJAJ PLATINO 110
SUZUKI ACCESS 125
HERO GLAMOUR

Sementara itu, TVS Motor Company memonopoli kejayaan dalam segmen moped aka kapcai menerusi barisan XL dengan jualan 57,550 unit bulan lalu. Bagaimanapun XL 100 yang duduk ditempat keenam merosot teruk, sebanyak 13,253 unit  berbanding bulan sama tahun lalu 70,803 unit.

Bajaj Platina dan Suzuki Access 125 masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan. Skuter Suzuki itu memainkan peranan penting dengan rekod jualan terbaik tahun ini dan berjaya menjual 49,128 unit sepanjang bulan lalu. Akhir sekali. di kedudukan ke-10 berakhir dengan Hero Glamour, 43,370 unit.

Sayangnya, tiada satupun motosikal Yamaha yang tersenarai dalam 10 model motosikal paling laris di India sepanjang November 2019. Maklumlah, persaingan memang sengit di sana hinggakan jenama paling popular Malaysia pun kurang dapat perhatian di sana.

BACA >>> Hero Xtreme 200S Lancar, Sportbike Paling Mampu Milik di India, RM5.9k Sahaja

SUMBER: Gaadiwaadi

Related

287
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bajaj Auto, Bajaj Pulsar, Hero HF Deluxe, Hero Motocorp, Hero Splendor, Honda, Honda Activa, India, Rekod jualan, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev