• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BAIC EV200 - Kereta Elektrik Paling Popular Di China Masuk Malaysia Tahun Ini

BAIC EV200 - Kereta Elektrik Paling Popular Di China Masuk Malaysia Tahun Ini

May 18, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

733
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BAIC EV200BIARPUN kenderaan elektrik dilihat kurang popular di kalangan rakyat Malaysia, namun Beijing Auto International Cooperation (BAIC) menerusi pengedarnya di Malaysia, Amber Dual Sdn Bhd berani menyahut cabaran dengan membawa masuk model elektrik BAIC EV200 tahun ini.

BAIC EV200 adalah antara kenderaan elektrik yang popular di Beijing di mana ia mendapat sambutan menggalakkan.

BAIC EV200Sebelum menunggu kehadiran BAIC EV200 ke Malaysia pada penghujung tahun ini, apa kata kita mendekati dahulu spesifikasi model ini. Pandulaju yang berkesempatan ke Beijing baru-baru ini juga sempat melihat sendiri BAIC EV200 dan yakin ia mampu menawan hati rakyat Malaysia.

Umum ketahui, BAIC adalah antara syarikat pengeluar utama kenderaan elektrik di dunia. Untuk pasaran China, model hatchback ini hadir dalam tiga varian berbeza iaitu Comfort, Luxury dan Costomization.

BACA>>> BAIC D20 – Pencabar Baharu Model Kompak Di Malaysia
BAIC EV200MAMPU BERGERAK SEJAUH 260KM:

Dengan bernadikan bateri Lithium-ion jenama SK berkuasa 30.4kWh, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 71hp dan tork puncak 180Nm.

Hasil bantuan motor elektrik bersama bateri yang diletakkan pada bahagian tempat duduk, BAIC EV200 mampu bergerak sehingga 240km bagi mod normal.

BAIC EV200Sekiranya anda memandu menggunakan mod ECO, ia boleh bergerak sejauh 260km dengan satu isian bateri penuh.

Pecutan dari sifar ke 50kmj mampu dibuat sepantas 5.3 saat manakala kelajuan maksimum boleh mencecah sehingga 125kmj.

Untuk mengecas, kabel yang terletak pada bahagian hadapan (dalam logo BAIC) perlu disambungkan dengan mana-mana outlet berkuasa 220V.

BACA>>> Amber Dual Pertaruh Dua Model Baharu BAIC Tahun Ini

BAIC EV200
BAIC EV200

Bagi cas biasa, ia mengambil masa sehingga enam jam untuk penuh manakala caj pantas (80 peratus) boleh dibuat dalam masa setengah jam sahaja.

Bagi membezakan kenderaan elektrik dan biasa, ia boleh ditentukan menerusi gril hadapan. Sekiranya gril berwarna biru, maka ia adalah kenderaan elektrik.

Amber Dual_BAIC_MAI_Pandulajudotcomdotmy (7)REKAAN MENARIK & RINGKAS:

Dari aspek rekabentuk, EV200 hadir dengan rekaan ringkas dan menarik. Manakala ruang dalaman tampak mewah.

Ruangan papan pemuka pula ringkas tetapi padat. Pada bahagian tengah, ia hadir dengan audio skrin sesentuh bersaiz 8-inci dengan ketersambungan MP5, navigasi dan kamera undur. Audio pula boleh dikawal menerusi butang pada bahagian stering.

Biarpun hadir sebagai kenderaan elektrik, aspek keselamatan tidak dilupakan. BAIC EV200 hadir bersama dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), ISOFIX dan sensor pelanggaran.

BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200

BAIC EV200HARGA:

Harga? Buat masa ini, Amber Dual tidak mendedahkan harga jualan. Apa yang kami harapkan, ia akan dijual pada harga mampu milik.

Secara peribadi, kami merasakan pihak kerajaan perlu membantu dengan memberi insentif kepada pengeluar kenderaan elektrik. Ini kerana di China, kerajaan memberi rebat sehingga 50 peratus bagi memastikan rakyatnya memilih kenderaan elektrik sebagai pengangkutan utama.

BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200

Begitu juga di Malaysia, kami harap pihak kerajaan akan mengambil berat terhadap isu ini. Lebih penting, pastikan fasiliti lengkap seperti stesen mengecaj disediakan di lebih banyak tempat lagi.

Apa-apapun, mari kita sama-sama nantikan ketibaan model elektrik ini ke Malaysia. Pandulaju akan bawakan laporan terkini sebaik saja berpeluang memandu ujinya.

BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200

Related

733
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amber Dual Sdn Bhd, BAIC, BAIC EV200, Beijing Auto International Corporation, Kenderaan Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev