• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BAIC D20 - Pencabar Baharu Model Kompak Di Malaysia

BAIC D20 - Pencabar Baharu Model Kompak Di Malaysia

May 4, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

626
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BAIC D20BAIC D20 adalah salah satu model yang akan dibawa masuk ke Malaysia. Menerusi pengedar eksklusif jenama BAIC di Malaysia, Amber Dual Sdn Bhd bakal menjual model kompak itu di pada Oktober 2016.

Buat masa ini, BAIC D20 versi diimport sepenuhnya (CBU) akan dibawa masuk dan disusuli dengan model pemasangan tempatan (CKD).

Yang pasti, kemasukan BAIC D20 ke pasaran Malaysia bakal memberi saingan hebat buat model Proton Iriz dan Perodua Myvi. Kedua-dua model ini adalah saingan terdekat BAIC D20.

Sebelum bercerita lebih lanjut, kami akan mendalami spesifikasi BAIC D20 sebelum menanti kehadirannya ke Malaysia.

BAIC D20
BAIC D20

DUA VARIAN:

BAIC D20 adalah model kompak yang dipadankan dengan enjin 1.3L dan 1.5L. Walau bagaimanapun, Amber Dual hanya akan membawa masuk varian 1.5L dalam versi sedan dan hatchback.

Untuk makluman, BAIC D20 dibina berasaskan platform daripada Mitsubishi Colt. Bagi varian 1.5L, ia dipadankan dengan enjin DOHC 4-silinder petrol yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 114hp dan tork puncak 148Nm. Ia juga hadir dengan kotak gear transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.

Dari aspek penggunaan bahan api pula, ia mencatatkan penggunaan 6.5L per 100km bagi transmisi manual manakala 7L per 100km bagi automatik. Lebih menarik, D20 juga menepati piawaian spesifikasi Euro4 dan Euro5.

BACA: BAIC Bakal Mengganas Di Pasaran Malaysia

BAIC D20REKAAN MENARIK:

Sejujurnya, BAIC D20 hadir dengan rekaan yang unik dan menarik. Dari pandangan depan, ia hadir dengan gril yang bersambung dengan logo BAIC.

Lampu utama dengan nyalaan siang bersama lampu kabus membuatkan ia tampak sporty selain kehadiran lampu belakang LED. Bukan itu saja, ia turut dipadankan dengan cermin sisi elektrik boleh laras.

BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20

BERKUALITI:

Bagi yang masih was-was dengan kualiti kenderaan buatan China, anda tidak lagi perlu risau kerana BAIC D20 dilengkapi pelbagai ciri-ciri berkualiti.

Untuk memastikan kualiti D20 setanding dengan jenama besar yang lain, ia dipasangkan dengan menggunakan teknologi terkini bertaraf antarabangsa yang terletak di Beijing, China.

Bagi model CKD pula, model ini akan dipasang di Kulim, Kedah. Lebih mencabar, kilang di Kulim akan menjadi hab pemasangan bagi semua model kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) BAIC untuk dieskport ke negara-negara Asia Tenggara.

BACA: Pandu Uji BAIC AD 009 – Sedia Cabar Segmen Van Di Malaysia

BAIC D20Ruang dalaman pula tampak ringkas dan padat. Ruangan audio dengan skrin sesentuh bersaiz 6.5 inci yang terletak pada bahagian tengah papan pemuka turut dilengkapi aplikasi GPS.

Ia juga menempatkan kompartmen simpanan yang luas. Lebih menarik, D20 dipasangkan dengan bumbung panoramik.

Aspek keselamatan pula, D20 menerima pengiktirafan 5-bintang daripada C-NCAP. Ia memiliki beg udara hadapan dan sisi, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) serta ISOFIX.

Bagi anda yang ternanti-nanti model ini, Amber Dual menjangkakan D20 bakal berada di pasaran pada Oktober 2016.

BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20

Pada masa sama, BAIC D20 versi CKD turut akan dijalankan. Selain D20, Amber Dual juga akan memperkenalkan model elektrik EV200 ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Difahamkan D20 versi Malaysia akan menerima beberapa penambahbaikan termasuklah aspek prestasi, luaran dan dalaman.

Harga? Buat masa ini Amber Dual tidak mendedahkan harga jualan D20. Walau bagaimana, Pandulaju anggarkan ia akan dijual pada harga bawah RM50,000.

BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20

Artikel Berkaitan

626
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amber Dual Sdn Bhd, BAIC, BAIC D20, Beijing Auto International Corporation, Kompak, Perodua Myvi, Proton Iriz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike Karizma XMR Masuk Pasaran India, Harga Terkini RM10.2k!
    Sportbike Karizma XMR Masuk Pasaran India, Harga Terkini RM10.2k!
  • Lagi Klon Ducati di China, Ducasu DK400 Tiru Ducati Supersport 950 S?
    Lagi Klon Ducati di China, Ducasu DK400 Tiru Ducati Supersport 950 S?
  • Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak Menerusi Aplikasi MYJalan KKR
    Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak Menerusi Aplikasi MYJalan KKR
  • #Videotomotif: Toyota Land Cruiser Kemek Teruk Tapi Masih Boleh Pandu
    #Videotomotif: Toyota Land Cruiser Kemek Teruk Tapi Masih Boleh Pandu

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my