• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MINI Cooper SE (2020) Buka Tempahan di Amerika, di Pasaran Mac Tahun Depan

MINI Cooper SE (2020) Buka Tempahan di Amerika, di Pasaran Mac Tahun Depan

December 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINI
kini mula menerima tempahan model elektrik, Cooper SE (2020) di Amerika Syarikat (AS) yang ditawarkan dalam tiga varian: Cooper SE Signature, Cooper SE Signature Plus dan Cooper SE Iconic.

Walaupun belum menjengah pasaran sehingga Mac tahun depan, tetapi sudah  lebih 15,000 pelanggan menyatakan minat terhadap Cooper SE (2020)

Selain membuka tempahan, MINI turut menyiarkan perincian harga yang bermula kira-kira AS$29,900 (RM123,645) untuk varian aras mula, Cooper SE Signature yang didatangkan dengan lampu utama LED penuh, wiper sensor hujan dan rim aloi 16 inci.

BACA >>> Hanya Ada MINI Elektrik 10 Tahun Lagi, dan Kembali Semula ke Saiz Kecil?

Ruang kabin menampilkan stereng kulit multifungsi, kerusi depan dengan ciri pemanas dan upholsteri kulit. Ciri lain ialah kluster instrumen digital, sistem kawalan iklim automatik dual-zon automatik, sistem infotainment 6.5 inci dengan navigasi GPS dan Apple Car Play serta serasi Apple CarPlay.

Dalam aspek teknologi, Cooper SE Signature  dilengkapkan Sistem Amaran Pejalan Kaki (PWS), kamera pandang belakang dan Bantuan Pemanduan Aktif dengan Sistem Amaran Perlanggaran Depan (FCW). Ada juga Kawalan Jelajah dan sistem penghidup tanpa kunci (keyless entry).

Varian Cooper SE Signature Plus yang berharga AS$33,900 (RM165,122) memiliki tambahan cermin sisi boleh lipat automatik, bumbung bulan panoramik bulan, kawalan jarak parkir belakang dan rim 17 inci. Ruang kabin diberikan cermin pandang belakang malap automatik, pembuka pintu garaj universal, dan sistem audio Harman-Kardon.

Varian atasan, Cooper SE Iconic dengan harga bermula AS$36,900 (RM152,707) dan dilengkapi stereng khas, sistem infotainment 8.8 inci, dan paparan dongak (HUD). Ciri lain ialah kawalan jarak parkir depan, pengecas telefon pintar wayarles dan karpet lantai khas.

Semua varian menggunakan pek bateri lithium-ion 32. kWh yang menjana motor elektrik depan untuk menghasilkan kuasa 135kW (181hp) dan tork 270Nm. Model hatchback ini boleh memecut 0-100kmj sepantas 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 150 kmj untuk sekali cas penuh.

MINI mendakwa model elektrik ini mampu dipandu sejauh 177km. Ini bermakna, pemilik perlu mengecas bateri lebih kerap. Mujurlah proses itu tidak mengambil masa lama yang mana menggunakan pengecas rumah Tahap 2 cuma perlukan kira-kira empat jam.

Jika terlalu lama, anda boleh guna pengecas pantas 50kW yang dapat meningkatkan 80 peratus kuasa bateri dalam masa 40 minit sahaja.

BACA >>> #PanduUji: Mini Cooper S Amplified, Kecil Tapi Jahat!!!

GALERI
mini-cooper-se-1
mini-cooper-se-3
mini-cooper-se-2
Cooper SE 2020 8
Cooper SE 2020 -10-
Cooper SE 2020 7
Cooper SE 2020 5
Cooper SE 2020 9
Cooper SE 2020
Cooper SE 2020 6
Cooper SE 2020 1
Cooper SE 2020 4
Cooper SE 2020 3
Cooper SE 2020 2

SUMBER: CarScoops

Related

3
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Cooper SE 2020, Cooper SE Iconic, Cooper SE Signature, Cooper SE Signature Plus, hatchback mini, Kenderaan Elektrik, Kenderaan Elektrik (EV), Mini, Mini Cooper SE, Roda 4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev