• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penyamun Kereta Mewah Menyamar Tarik Kereta, Cabut Pagar Rumah

Penyamun Kereta Mewah Menyamar Tarik Kereta, Cabut Pagar Rumah

December 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket curi kenderaan mewah sekitar Sungai Buloh apabila memberkas empat individu termasuk seorang wanita dalam operasi berasingan pada 4 dan 5 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, operasi dijalankan selepas seorang pemilik bengkel membuat laporan mengenai kehilangan kereta jenis Porsche Panamera milik pelanggannya dari Singapura yang diparkir di rumahnya di Taman Subang Murni pada 1 Disember lalu.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati kereta berkenaan ditunda sebuah trak. Menurut pengawal keselamatan di rumah itu, ada beberapa individu memperkenalkan diri sebagai penarik kereta memaklumkan kenderaan itu ada tunggakan bayaran.

"Malah, mereka bertindak mencabut pagar rumah pemilik bengkel tersebut sebelum menunda kereta berkenaan,” katanya.

Hasil maklumat diterima, PDRM menahan tiga lelaki, termasuk seorang daripadanya warga Indonesia dan seorang wanita.

Kredit Foto: HMetro

"Mereka yang ditahan terdiri daripada penarik kereta, penganggur, pekerja kilang dan mekanik. Ada antara mereka berperanan sebagai penjaga kenderaan mewah yang dicuri sindiket tersebut yang aktif sejak Januari lalu.

“Dalam serbuan itu, kami merampas tujuh kenderaan mewah pelbagai jenis termasuk Porsche Panamera yang dilaporkan hilang itu dan sebuah trak tunda yang disembunyikan di sebuah kondominium serta bengkel di Setapak dan Sentul. Semua kenderaan dirampas itu dianggarkan bernilai lebih RM1 juta," katanya lagi.

Shafa’aton berkata, modus operandi sindiket berkenaan ialah menipu pemilik kenderaan yang mempunyai tunggakan bayaran kereta masing-masing. Sindiket itu juga berani menceroboh dan memecahkan pagar rumah untuk menunda kereta.

Menurutnya lagi, semua kereta yang ditarik sepatutnya dihantar terus kepada bank. Sebaliknya, sindiket ini menyimpan kenderaan dicuri untuk menjual di laman web jual beli atas talian pada harga antara RM30,000-RM50,000 mengikut jenis model.

Semakan juga mendapati seorang daripada suspek yang ditahan itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Polis kini sedang giat mengesan dua beradik yang dipercayai turut terlibat dengan kumpulan sindiket ini iaitu L Nantha Kumar, 25, dan L Prem Kumar, 29. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua beradik ini diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379/447 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan menceroboh.

BACA >>> #SembangDeras: Oh, Mudahnya Buat Jahat Guna Nombor Plat Palsu, dan Kita Relaks Saja

SUMBER: HMetro

Related

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, PDRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Porsche Panamera, Sindiket Curi Kereta Mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev