• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lakaran Bayangan Toyota Vios Generasi Baharu Ini Mungkin Buat Anda Jatuh Cinta

Lakaran Bayangan Toyota Vios Generasi Baharu Ini Mungkin Buat Anda Jatuh Cinta

December 17, 2019 By Han Othman Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA pada Oktober lalu baru saja mendedahkan model hatchback Yaris (2020) serba baharu dengan rekabentuk cukup menyerlah, seksi dan agresif.

Model hatchback subkompak itu dibina berasaskan platform baharu TNGA-B (juga model pertama Toyota menggunakan platform tersebut) dengan tahap rigiditi badan 30 peratus lebih tinggi dan pusat graviti 15mm lebih rendah. Dimensi platform ini juga lebih fokus kepada posisi pemandu.

BACA >>> Toyota Yaris (2020) Serba Baharu Didedahkan, Kini dengan Rekabentuk Lebih Seksi

Trenkuasa Yaris (2020) juga baharu, ditawarkan dalam tiga pilihan varian enjin: 3-silinder 1.5L Dynamic Force dengan transmisi Direct Shift CVT atau manual 6-kelajuan, 3-silinder 1.0L dengan transmisi Super CVT-i dan 1.5L dengan Toyota Hybrid System II. 

Jadi ada kemungkinan besar sedan subkompak popular Toyota, iaitu Vios juga akan dibina berasaskan platform dan trenkuasa sama. Agaknya, bagaimanakah rekabentuk Vios nanti?

Menariknya pereka grafik popular, Teophilus Chin mengambil inisiatif menghasilkan lakaran bayangan Vios baharu yang mengambil ilham rekabentuk Yaris (2020).

Jika sesebuah sedan itu dibina berasaskan rekabentuk hatchback, model tersebut biasanya mengekalkan rupa asli bahagian depan dan apa yang berubah adalah rupa belakang, terutama rekaan lampu.

Apa yang kami boleh komen, memang menarik juga lakaran Vios versi Teophilus ini. Ringkas adalah asas rekabentuk sebuah sedan subkompak kerana segmen ini tidak mempunyai dimensi yang besar. Jadi tidak perlu terlalu sofistikated.

Ada spoiler kecil atas pintu but, panel horizontal yang bersambung antara dua lampu belakang dan difuser plastik dengan lampu kabus belakang direka unik. Lampu belakang direka minimalis dalam bentuk mendatar untuk memberikan imej lebar.

Kami patut akui rekabentuk lampu Vios ini memang kena dengan cita rasa pembeli Malaysia yang sukakan bentuk kompak bersegi. Ia juga tidak nampak jauh berbeza dengan konsep rekaan lampu depan

Cuba anda lihat foto di bawah ini, anda berkenan tak dengan Vios baharu gaya Teophilus ini?

BACA >>> #PanduUji: Adakah Toyota Vios (2019) dengan Rupa Moden Masih Relevan?

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, lakaran grafik, Render, Segmen B, subkompak, Teophilus Chin, Toyota Vios (2020), Toyota Yaris (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev