KUALA Lumpur Bike Week 2019 kali ke-10 bakal kembali pada 20 dan 21 Disember ini yang bertempat di Bandar Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Sempena sedekad program tersebut, Red Garage Enterprise menjanjikan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung dan peminat motosikal kuasa tinggi dan kereta tanah air.
Kuala Lumpur Bike Week edisi kali ini bekerjasama dengan Retro Havoc Gathering Vol.2 untuk menampilkan 400 kereta melibatkan pelbagai model supercar, klasik dan banyak lagi. Acara kemuncak paling dinantikan semestinya Pertandingan Motosikal Kustom, terdiri daripada kategori:
- Best American Pro Street
- Best American Custom Chopper
- Best Japanese Custom Bike
- Best Classic Bike
- Best Superbike
- Best Custom Baggers
Ini termasuk kategori baharu seperti berikut:
- Best Café Racer
- Best Street Cub
- Best HD Stock Custom
- Best Club Style
- Best American Performance Bike
- Best Classic Bike Restore
Bagi meraikan karya dan hasil kerja seni yang sinonim dengan dunia automotif, Red Garage Enterprise bekerjasama dengan 15 pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Teknologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk pameran seni.
Sementara itu, Pintu Merah membawakan Chabuk Swap Meet yang mengumpulkan peniaga barangan antik dan langka. Kelainan kali ini menampilkan 'Sunset Ride Menentang Perkauman x H20' dan cabutan bertuah berupa motosikal Harley-Davidson Sportster Kustom yang mana pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tersebut pada penghujung acara.
Harga tiket RM15. Juga jangan lepaskan peluang melihat persembahan kumpula K-Clique dan 30 band indie lain.
BACA >>> VinFast - Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?
Leave a Reply