• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Budak 12 Tahun Terselamat Kebakaran, Mujur Abah Ajar Pandu Kereta!

Budak 12 Tahun Terselamat Kebakaran, Mujur Abah Ajar Pandu Kereta!

December 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG budak 12 tahun di Australia nekad memandu trak pikap untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya.

Lucas Sturrock tinggal seorang diri di rumah selepas bapa dan abangnya keluar memadamkan kebakaran hutan di Mogumber, terletak 128km di barat laut Perth, Barat Australia, dan ketika itu api sedang marak menghampiri rumah mereka.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?

With the Help of DFES, Dalwallinu Officer S/C SMITH saved this 12 year old who was driving across paddocks to escape the fire 🔥 in Mogumber. He has been reunited with family and is safe and well #fb pic.twitter.com/zyrYCFgwSM

— Dalwallinu Police (@DalwallinuPol) December 15, 2019


Lucas yang menyedari api kian marak segera membawa anjing keluarganya dan memandu trak pikap abangnya untuk menyelamatkan diri. Dia dan anjingnya kemudian dijumpai pekerja kecemasan dalam trak pikap yang diparkir tepi jalan.

“Hebat, dia ada kemahiran memandu keluar dari sana, dan kami jumpa dia sebelum keluarkan dia dari bahaya,” kata sarjan Michael Daley kepada ABC.

Bapanya, Ivan Sturrock meluahkan rasa bangga kerana mampu melakukan apa yang dia ajar ketika anaknya itu baru berusia 7 tahun.

Lucas adalah antara ribuan rakyat Australia yang terpaksa lari dari rumah akibat bencana kebakaran di negara itu. Setakat ini,  enam nyawa sudah terkorban, 680 rumah musnah dan 1.2 juta hektar belukar terbakar. Keadaan dijangka semakin buruk sepanjang minggu ini.

budak-aussie-pandu-pikap
Budak 12 tahun pandu trak pikap
budak-aussie-pandu-pikap-2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Australia, Auto Terkini, Bencana Alam, Budak 12 tahun pandu trak pikap, Ivan Sturrock, Kebakaran Belukar, Lucas Sturrock, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev