• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Hayabusa (2020) Lancar di India, Harga RM80K

Suzuki Hayabusa (2020) Lancar di India, Harga RM80K

December 17, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

736
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Motorcycle India melancarkan model Hayabusa edisi 2020 dalam unit terhad dengan dua pilihan warna baharu, Metallic Thunder Gray (kelabu) dan Candy Daring Red (merah) dan rekaan grafik baharu.

Motosikal ikonik edisi 2020 itu berharga 13.75 lakh (RM80,240) dan berstatus BSIV (menyamai piawaian Euro4), tetapi masih gagal mematuhi emisi piawaian baharu India, BSVI (Euro6) yang akan berkuat kuasa bermula 1 April 2020.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike

Aspek mekanikal Hayabusa (2020) tidak berubah dan masih menggunakan enjin 4-silinder sebaris 1,340cc DOHC berkuasa 198hp @ 9,500rpm dan tork 155Nm @ 7,200rpm, manakala kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan. Superbike ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 2.74 saat dengan kelajuan maksimum 299kmj

Selain dipasangkan kaliper brek baharu, Hayabusa (2020) dilaporkan menerima opsyen mod tunggangan berbeza dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Apa yang menarik, Hayabusa (2020) ini berstatus pemasangan tempatan (CKD), dipasangkan di kilang Suzuki Motorcycle India dekat Gurugram dekat sempadan Delhi-Haryana. Model ini dijadualkan diedarkan bermula 20 Januari 2020.

Pengarah Urusan Suzuki Motorcycle India, Koichiro Hirao berkata, Hayabusa adalah pilihan motosikal paling disukai peminat serata dunia sejak dua dekad lalu.

"Ia mempunyai ramai peminat di India. Lebih-lebih lagi, ia akan menjadi motosikal berkuasa tinggi pertama buatan India (made in India) daripada Suzuki Motorcycle India," katanya.

BACA >>> Lakaran Paten Pengganti Hayabusa Bocor?

SUMBER: TimesOfIndia | HindustanTimes | AutoPortal

Related

736
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hyperbike, roda2, superbike, Suzuki Hayabusa (2020), Suzuki India, Suzuki Motorcycle India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev