• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 200 Unit Proton X70 Ditempah Sempena Jualan Shopee 12.12

200 Unit Proton X70 Ditempah Sempena Jualan Shopee 12.12

December 16, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON menerima tempahan lebih 200 unit Proton X70 sempena Festival Beli-Belah 12.12 Shopee . Walaupun sudah setahun di pasaran, sambutan itu membuktikan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton tersebut masih kekal popular dalam kalangan pengguna.

Pelanggan cuma perlu bayar RM99 sahaja untuk membuat tempahan menerusi aplikasi beli-belah atas talian, Shopee berbanding RM1,000 untuk tempahan biasa.

Menariknya, 50 pelanggan pertama yang berjaya mendaftarkan kereta sebelum 31 Disember ini layak menerima baucar Shopee bernilai RM2,000 dan tambahan promosi ditawarkan Proton, bulan ini.

BACA >>> Tidak Perlu ke Bilik Pameran Kereta dan Motosikal, Beli Saja di Shopee Automall!

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, Proton akan menggunakan platform e-dagang untuk menarik lebih ramai pelanggan seiring perubahan trend pembelian masa kini.

"Ini bukan kali pertama Proton menggunakan platform tempahan atas talian untuk pelanggan. Sebelum X70 dilancarkan pada 12 Disember 2018, pelanggan sudah boleh menempah Proton X70 secara atas talian bermula September tahun itu yang menyaksikan tempahan pra-pelancaran lebih 10,000 unit," katanya.

BACA >>> Proton X70 CKD Lancar Bulan Depan, Bakal Ada Talaan Proton Ride & Handling?

Disebabkan sambutan hangat diterima ke atas X70, Proton turut menambah barisan produk jenama itu dalam senarai pembelian Shopee, iaitu Iriz, Exora, Persona dan Saga. Maklumat mengenai tempahan berkenaan boleh layari laman web Shopee.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Kemas Kini Perisian Unit Infotainment Proton X70?

Related

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr. Li Chunrong, Festival Beli-Belah 12.12 Shopee, Proton, Proton X70, Shopee, Shopee 12.12, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev