PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah nampaknya belum puas selepas menamatkan aksi perlumbaan motosikal enduran 8 Hours of Sepang (EWC) 2019 dan Kejuaraan Kereta Touring Dunia (WTCR) 2019 sepanjang seminggu lalu.
Terbaharu Hafizh bakal menyertai satu lagi acara sukan, iaitu kayuhan basikal lima peringkat Kejohanan Tour de Selangor 2019 dengan jarak keseluruhan 679.2km pada 18-22 Disember ini.
Beliau akan menyertai pasukan Amskin Racing Club (ARC), yang dibarisi pelumba pecut negara, Anuar Manan, Mohd Hafidz Hanid, Sofian Nabil Omar Bakri dan Mohd Irfan Satiran.
Beliau yang bakal mencipta rekod baharu dengan menyertai perlumbaan berbasikal secara profesional dua hari lagi, mengakui gementar namun beliau menjadikan itu sebagai cabaran buat diri sendiri untuk lebih berdisiplin.
BACA >>> 8 Hours of Sepang: Hafizh, Morbidelli dan van der Mark Galas Cabaran Pasukan Tuan Rumah
Jika mengikuti perkembangan Hafizh di media sosial, kita pasti sedia maklum yang beliau memang gemar berbasikal sebagai salah satu rutin latihan mengekalkan kecergasan selain bermain motocross, dan berenang. Malah, pelumba amatur dan profesional memang digalakkan berbasikal.
Selain memantapkan otot kaki yang sangat penting untuk koordinasi badan ketika mengawal motosikal, berbasikal juga mampu menjaga stamina, respon kawalan dan mengekalkan tempo halaju seseorang pelumba.
Power Hafizh!
BACA >>> Marquez Mujur Juara GP Jepun Sebelum Minyak Habis, Hafizh Tolong Tunda Motor ke Pit
Leave a Reply