• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Pesawat Starfighter dalam Star Wars Dapat Sentuhan Rekabentuk Porsche, Lucasfilm

Pesawat Starfighter dalam Star Wars Dapat Sentuhan Rekabentuk Porsche, Lucasfilm

December 22, 2019 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SIAPA peminat filem Star Wars? Anda pasti dapat mengecam Starship dalam filem tersebut. Tahukah anda, projek pembinaan dan rekabentuk pesawat angkasa itu mendapat sentuhan dua syarikat gergasi, Porsche dan Lucasfilm.

Kedua-dua syarikat itu menghasilkan konsep Starship untuk filem Star Wars Episode VIII: The Rise of Skywalker, dipanggil Tri-Wing S-91x Pegasus Starfighter dan ditayangkan pada tayangan perdana filem tersebut di Los Angeles pada 16 Disember lalu.

Naib Presiden Penggayaan Porsche, Michael Maur berkata, konsep Tri-Wing mengadunkan elemen rekabentuk dunia fiksyen Star Wars dengan model pengeluaran Porsche sedia ada.

"Bentuk asas kabin, yang menghala ke belakang, dan topografi tersendiri dari garis bumbung kokpit ke turbin menonjolkan paralel visual dengan rekabentuk ikonik 911 dan Taycan," katanya.

Porsche menggunakan rekabentuk lampu siang (DRL) 4-poin pada muncung pesawat, manakala bahagian ambilan menggunakan rekaan sama seperti inlet pada sisi Porsche. Lampu belakang yang disepadukan bersama lampu brek diilhamkan daripada generasi baharu 911, manakala aerofoil sport belakang sinonim dengan bar lampu Porsche.

Kokpit juga mendapat ilham kriteria rekabentuk Porsche. Instrumen menggunakan versi yang diadaptasikan daripada grafik jenama Jerman itu, manakala posisi duduk rendah dan kerusi dakap badan mengingatkan kita kepada Porsche 918 Spyder.

Model Starfighter itu muncul bersama Porsche Taycan pada tayangan perdana Star Wars Episode VIII: The Rise of Skywalker.

Ketua Pemasaran Porsche, Kjell Grunner berkata;

"Projek kolaborasi dengan Star Wars ini berjalan sempurna bersama pelancaran Taycan. Pasukan rekabentuk membawa bersama dunia Porsche dan Star Wars yang berbeza untuk menghasilkan satu hadiah sangat istimewa buat peminat kedua-dua jenama itu."

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Kjell Grunner, Lucasfilm, Michael Maur, Porsche, Star Wars, Star Wars Episode VIII: The Rise of Skywalker, Starship, Tri-Wing S-91x Pegasus Starfighter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev