• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / YART-Yamaha Juara 8 Hours of Sepang 2019!

YART-Yamaha Juara 8 Hours of Sepang 2019!

December 15, 2019 By Aryon Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN YART-Yamaha menjadi juara kategori EWC dalam Kejuaraan Dunia Enduran (EWC) FIM Sepang 8 Hours di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

YART-Yamaha, yang diwakili  pelumba Broc Parkes, Karel Hanika dan Niccolo Canepa, yang menunggang jentera Yamaha YZF-R1 melintasi garis penamat selepas menamatkan 80 pusingan dengan catatan masa 5 jam 50 minit 03.837 saat.

BACA >>> Orang Kuat Toyota, Akio dan IIda Masuk Lumba Enduran Sepang 1,000KM!

Pasukan dari Austria itu berada 1:49.622s di hadapan pasukan Honda Asia-Dream with SHOWA, bersama tiga pelumba Asia terbaik terdiri daripada pelumba Mohd Zaqhwan Zaidi (Malaysia), Andi Farid Izdihar (Indonesia) dan Somkiat Chantra (Thailand), yang mencatatkan kemenangan podium buat kali pertama.

Pasukan BMW Motorrad Endurance Team yang hanya menghantar dua pelumba, Illya Mykhalchyk dan Markus Reiterberger berada di tempat ketiga, ketinggalan satu pusingan di belakang.

“Saya amat gembira dengan prestasi, sebab keadaan motosikal juga cukup baik, semua nampak mudah, perasaan saya bercampur-baur. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pasukan, rakan sepasukan dan amat gembira dengan kerjasama minggu ini,” kata Canepa.

BACA >>> Proton R3 Juara Perlumbaan Enduran 1,000km di Sepang, Atasi 28 Pelumba Lain!

Pelumba Malaysia, Zaqhwan menganggap perlumbaan itu sebagai hari yang hebat buat pasukannya kerana berjaya meraih podium di tempat sendiri.

"Kami cukup teruja di peringkat awal, tapi hujan lebat dan keadaan trek sebegitu, agak sukar untuk mengawal kelajuan. Terima kasih kepada rakan sepasukan saya Chantra dan Andi yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik,” katanya.

Sementara itu, pasukan tempatan Yamaha Sepang Racing menduduki tempat ketujuh selepas mencatatkan 5'51:11.394s. Edisi pertama EWC Sepang 8 Hours digantung disebabkan hujan lebat di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Asalnya, perlumbaan dijadualkan bermula pada jam 1 petang, tetapi terlewat kira-kira dua jam, sebelum bermula di belakang kereta trek selepas jam 3 petang. Bagaimanapun, perlumbaan terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat.

Perlumbaan dimulakan semula pada jam 6 petang dengan pelumba pertama, Michael van der Mark (Yamaha Sepang Racing) dan Mike di Meglio (F.C.C. TSR Honda France) saling berentap sengit. Bagaimanapun aksi kedua-dua pelumba itu terhenti apabila masing-masing berlanggar sesama sendiri. Meglio pantas kembali ke trek, sebaliknya Van der Mark terpaksa kembali ke pit untuk membetulkan brek.

BACA >>> Ford Rai Ulang Tahun Kejayaan Le Mans 1968 dengan GT Heritage Edition Nombor 9

GALERI

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW Motorrad Endurance Team, EWC Sepang 8 Hours, Honda Asia-Dream with SHOWA, perlumbaan enduran, sukan permotoran, YART-Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my