• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Smoked Garage Ghost - Triumph Speed Triple Jadi Roadster Eksotik

#BikinMotor: Smoked Garage Ghost - Triumph Speed Triple Jadi Roadster Eksotik

December 17, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SMOKED Garage adalah bengkel pembina motosikal yang terletak di Pulau Bali, Indonesia yang menumpukan kepada kerja-kerja mengubah suai motosikal menjadi arca seni bergerak. Salah satu jentera modifikasi dihasilkan ialah Ghost.

triumph-speed-triple
triumph-speed-triple-2

Ghost dicipta daripada roadster Triumph Speed Triple (foto atas) bersesaran 1,050cc! Sekali pandang, mungkin ada berpendapat model kustom ini mirip Lotus C-01.

Ia dihasilkan menggunakan frem standard Triumph, tetapi dipercayai turut melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian tambahan untuk membina subfrem jentera.

BACA >>> Triumph Dedah Warna Baharu 2019 untuk Bonneville, Tiger, Speed Triple dan Street Triple

Frem Ghost mampu menampung pelana kustom dan belakang motosikal, manakala semua panel fairing dibina berasaskan material keluli buatan tangan. Ini termasuk madgad, kowl lampu depan, tangki minyak dan juga ekzos. Sistem brek menggunakan brek cakera kembar 320mm dengan kaliper Brembo pada roda depan dan cakera tunggal 220mm kaliper Brembo di belakang.

Trenkuasa dipacu enjin melintang 4-lejang 1,050cc DOHC berkuasa 131hp @ 9,100rpm dan tork 105Nm @ 5,100rpm, manakala kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan.

Sistem suspensi masih sama dengan Speed Triple, iaitu fork Öhlins di depan dan monoshock Öhlins di belakang. Kedua-duanya jenis boleh laras. Lampu depan, signal belok dan lampu brek adalah jenis LED. Spidometer pula mengekalkan unit asal.

Setakat ini, belum ada maklumat mengenai jumlah kos yang dilaburkan untuk 'hantu' ini.

BACA >>> Triumph Street Triple RS (2020) Kini di Malaysia, Harga RM67.9k!

GALERI
smoked-garage-triumph-speed-triple-ghost-3
Smoked Garage Ghost (3)
smoked-garage-triumph-speed-triple-ghost-logo
Smoked Garage Ghost (5)
Smoked Garage Ghost (4)
Smoked Garage Ghost (2)
Smoked Garage Ghost (1)
Smoked Garage Ghost (6)
smoked-garage-triumph-speed-triple-ghost-1
smoked-garage-triumph-speed-triple-ghost-2
smoked-garage-triumph-speed-triple-ghost-4

SUMBER: VisorDown | SmokedGarage

Related

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Builder, Indonesia, Modifikasi, roda2, Smoked Garage Ghost, Triumph, Triumph Speed Triple

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev