• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Selepas 6 Bulan Baru Ada Tindakan!

Menteri: Selepas 6 Bulan Baru Ada Tindakan!

December 14, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


TINDAKAN penguatkuasaan ke atas mereka yang enggan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk kereta persendirian akan dibuat selepas enam bulan pelaksanaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Peraturan CRS akan bermula 1 Januari nanti dan tindakan akan dikenakan selepas tamat tempoh enam bulan pertama yang diperuntukkan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam aspek keselamatan.

“Saya tak nak selalu fokus peringkat saman. Enam bulan kita kata tak ada apa-apa tindakan saman dikenakan tetapi selepas itu sudah tentunya kalau undang-undang itu tidak dikuatkuasakan, (maka) undang-undang itu tidak berkesan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Klik Untuk Keselamatan Komuniti di Seremban, semalam.

BACA >>> 6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?

Turut hadir, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Suret Singh, Pengarah Urusan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Datuk Azman Ismail dan Penolong Pengarah Pemantauan Operasi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Mohd Salmi Yahya.

Loke berkata lagi, peraturan itu bukan bermaksud kementerian mahu mengambil pendekatan keras, tetapi bertujuan mendidik masyarakat supaya menitik berat soal keselamatan kanak-kanak.

Kita tak buat pendekatan keras sebegitu, cuma kita nak masyarakat faham, dah berkali-kali kita cakap dan saya akan terus mengatakan bahawa peraturan ini adalah untuk keselamatan demi melindungi nyawa anak kita sendiri dan bukan untuk orang lain.

“Kita harap ibu bapa faham walaupun kita faham ada sedikit beban yang perlu ditanggung yang memerlukan kos tambahan tetapi itu perbelanjaan yang akan melindungi nyawa anak kita sendiri.”

- ANTHONY LOKE SIEW FOOK, Menteri Pengangkutan

Pada masa sama, beliau berkata, memandangkan penggunaan CRS menjadi sebahagian keperluan kenderaan, Kerajaan dari semasa ke semasa akan mengkaji kaedah untuk mengurangkan kos pembelian.

“Kita akan adakan kerjasama dengan syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan kita galakkan mungkin ada syarikat korporat boleh beri bantuan tajaan kepada golongan keluarga yang kurang berkemampuan. Tapi ini (pemberian subsidi untuk CRS) tak boleh kepada semua orang sebab ini melibatkan jumlah yang cukup besar,” katanya.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, CRS, Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS), Menteri Pengangkutan, Tan Sri Lee Lam Thye

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev