• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Opel Bangunkan Jentera Lumba untuk Kejuaraan Rali Elektrik Pertama

Opel Bangunkan Jentera Lumba untuk Kejuaraan Rali Elektrik Pertama

December 16, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DUNIA permotoran hari ini sudah disajikan Formula E, iaitu sukan lumba kereta formula dengan kuasa elektrik sepenuhnya. Begitu juga dunia dua roda menerusi Piala Dunia MotoE yang baru berlangsung musim ini.

Terbaharu ada satu lagi acara perlumbaan elektrik, iaitu ADAC Opel e-Rally Cup 2020/21 yang dijadual bermula Ogos 2020. Apa yang membuatkan ia istimewa, ini ialah perlumbaan rali kereta elektrik satu jenama (one-make) pertama dunia. Ia pasti mengujakan kerana rali memang diketahui umum sebagai sukan lumba penuh intensiti dan sangat mencabar.

BACA >>> Dulu di Amerika, Sekarang ke Perancis, Opel Kini Sah Milik PSA Group

Kami tidak pasti mengenai lokasi tahun depan, kebiasaannya perlumbaan rali dijalankan atas permukaan off-road. Apa agaknya yang berlaku apabila Corsa-e Rally meredah trek dengan takungan air? Di manakah dan bagaimanakah bateri di cas?

Seperkara menarik, inisiatif perlumbaan ini dimulakan Opel berbanding jenama popular lain. Opel pula kini sedang dalam fasa menguji ketahanan jentera rali elektrik bateri Corsa e-Rally  di Pusat Ujian Dudenhofen di Jerman.

Kereta berkenaan menggunakan bateri sama seperti Corsa-e versi pengeluaran massa dengan kapasiti simpanan tenaga 50kWh yang membolehkan ia dipandu hingga 336km mengikut piawaian WLTP.

BACA >>> Cupra e-Racer - Kereta Lumba Touring Elektrik Pertama Dunia dengan Kuasa Luar Biasa!

Bagi kegunaan jarak optimum dalam cabaran rali, bateri kereta mempunyai tiga mod, iaitu Competition dengan kuasa penuh dan tork maksimum yang boleh digunakan sekurang-kurangnya hingga jarak 60km. Tipikal kereta elektrik biasanya mempunyai tork tinggi, jadi mod Rain berfungsi menjana daya tork yang bersesuaian mengikut permukaan trek licin. Akhir sekali, mod Eco digunakan antara peringkat perlumbaan (stages) dan ke pit servis.

Sebaik saja program pembangunan Corsa-e Rally siap, kereta rujukan akan dibina sebagai acuan kepada kereta pelanggan. Tempahan Corsa-e Rally dibuka pada 15 Disember ini (semalam) dan dianggarkan 20 unit akan dibina untuk musim 2020/21.

BACA >>> Opel Corsa Versi Elektrik, Kuasa 134hp dan Jarak Perjalanan 330km

GALERI
Vauxhall Corsa-e.01
Vauxhall Corsa-e.02
Vauxhall Corsa-e.03
Vauxhall Corsa-e.04
Vauxhall Corsa-e.05
Vauxhall Corsa-e.06
Vauxhall Corsa-e.07
Vauxhall Corsa-e.08
Vauxhall Corsa-e.09
Vauxhall Corsa-e.10
Vauxhall Corsa-e.11

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ADAC Opel e-Rally Cup, ADAC Opel e-Rally Cup 2020/21, EV, kereta elektrik, Opel, Opel Corsa-e Rally, rali

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev