• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Wanita Buat Aksi Pelik dan Bahaya, Isi Minyak Petrol dalam Beg Plastik

#Videotomotif: Wanita Buat Aksi Pelik dan Bahaya, Isi Minyak Petrol dalam Beg Plastik

December 16, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

956
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG wanita dirakamkan mengisi petrol ke dalam beg plastik sebelum mengangkat dan memasukkan bungkusan bahan api itu ke dalam but kereta.

Kejadian itu disaksikan dan dirakam seorang pelanggan lain yang berada di stesen minyak Kroger di Houston dalam negeri Texas, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Melihat rakaman berdurasi 1 minit 15 saat itu, wanita dengan apron hitam itu kelihatan berdiri di tepi satu pam petrol sambil memegang beg plastik putih besar dan mengisi petrol ke dalamnya. Nozel diletakkan selepas petrol diisi hampir penuh, tetapi malangnya beg plastik itu bocor di bawah.

BACA >>> #Bajet2020: Kad95 Akan Diperkenalkan, Tidak Layak BSH Pun Boleh Dapat Subsidi Petrol!

Tanpa membuang masa, wanita itu meletakkan bungkusan petrol atas lantai lalu diikat untuk mengelakkan lebih banyak petrol tumpah. Dia kemudian membuka but kereta untuk mengambil satu lagi beg plastik besar, dan bungkusan petrol yang bocor itu dimasukkan ke dalam beg plastik kedua berkenaan.

Selepas selesai, dia pun mengangkat dan memasukkan bungkusan petrol ke dalam but kereta. Rakaman video terhenti setakat itu.

Klip video itu dirakam Jason DjJruda Rudison, dan dimuat naik ke laman Facebook miliknya dengan mendapat jumlah lebih 6 juta tontonan. Apa mengejutkan, tiada pekerja atau penjaga stesen minyak yang datang menghalang perbuatan itu kerana jelas boleh mengundang insiden tidak diingini.

BACA >>> Ganti Tiada Subsidi Petrol, Kerajaan Kekalkan Harga RON95 untuk Sabah, Sarawak


KOMEN KAMI

Kami pun tak tahu kenapa wanita itu mengisi petrol dalam plastik. Mungkin mahu membantu rakan, saudara atau pengguna jalan raya yang kehabisan minyak dan tersadai di tepi jalan.

Apapun alasan, tindakan mengisi minyak dalam plastik memang berbahaya. Sifat petrol yang mengakis boleh menyebabkan plastik bocor, dan juga mudah mengewap dan terbakar.

Bekas paling elok mengisi petrol ialah bekas besi atau plastik tebal (seperti botol minyak hitam). Atau beli bekas khas dinama 'jerry can' di laman beli-belah atas talian, yang memang sesuai untuk mengisi petrol.

SUMBER: DailyMail

Related

956
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my