• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Pandu Kereta F1, Hamilton Tunggang Yamaha M1!

Rossi Pandu Kereta F1, Hamilton Tunggang Yamaha M1!

December 16, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

234
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUARA Formula Satu (F1) enam kali, Lewis Hamilton dan juara MotoGP sembilan kali, Valentino Rossi baru-baru ini saling bertukar jentera dan pengalaman dalam sukan lumba masing-masing di Litar Valencia, Sepanyol.

Rossi kekihatan memandu Mercedes W08 (2017), manakala Hamilton menunggang jentera milik Rossi tahun lalu, Yamaha YZR-M1 (2018).

Sebelum acara, pelumba satelit Yamaha, Franco Morbidelli memberi tunjuk ajar tentang cara mengendalikan jentera Yamaha kepada Hamilton, termasuk selok belok trek Valencia.  Hamilton pernah bertemu Morbidelli pada aksi pembukaan musim MotoGP di Qatar sebagai tetamu Petronas untuk pasukan Yamaha Sepang Racing Team (SRT).

Itu juga bukan kali pertama Hamilton menunggang jentera MotoGP kerana tahun lalu beliau diberikan kesempatan menguji  Yamaha R1 M di Litar Jerez sambil dibantu pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Michael van der Mark dan Alex Lowes.

BACA >>> Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi

Hamilton berkata;

"Aku sangat kagum ketika melihat legenda dunia Rossi berada dalam kereta dan teruja tengok beliau mencuba kereta lumba tersebut buat kali pertama, dan mengingatkan aku detik pertama dalam kereta F1. Ia sangat 'cool' berada di  litar dan Valentino ada depan aku."

Itu juga bukan pengalaman pertama Rossi kerana sebelum ini sudah beberapa kali mencuba jentera F1 sejak 2002 hingga timbul spekulasi beliau mungkin bertukar profesion sebagai pelumba kereta selepas aksinya membuat Michael Schumacher kagum. Kali terakhir Rossi memandu kereta F1 adalah pada 2010.

Kata Rossi;

"Aku ialah peminat Lewis dan itu hari menakjubkan yang mana dua kelas teratas sukan motor saling bekerjasama. Saya rasa seperti pelumba F1 sebenar dan tidak mahu hari ini berakhir.

"Aku juga menunggang YZR-M1 dengan Lewis dan itu hari membanggakan pasukan dengan berkongsi minat kami. Secara teknikal, Valencia adalah trek yang sukar dan hari ini berangin hingga ada satu masa aku rasa sangat sukar untuk Lewis teruskan. Tetapi dia bijak kawal motor dan posisi tunggangannya juga bagus."

HAMILTON MENGAKU TERBABAS

Malang tidak berbau ketika acara menukar jentera , Hamilton mengaku mengalami kemalangan dan terbabas ketika menunggang M1. Sebagai orang baharu menunggang jentera dua roda edisi prototaip berkuasa 270hp, ia tentu menjadi pengalaman sukar dan ditambah pula ada angin kuat.

"Aku tergolek, tetapi nasib baik motor masih boleh pulang ke pit dengan sempurna dan aku masih lagi belajar sedikit demi sedikit dan ia pembelajaran di selekoh tajam," katanya.

BACA >>> Hamilton Jatuh Ketika Tunggang Uji Yamaha R1 WorldSBK di Sepanyol

Jom layan video!

GALERI
Rossi dan Hamilton bertukar jentera_7
rossi-dan-hamilton-4
Rossi dan Hamilton bertukar jentera_5
Rossi dan Hamilton bertukar jentera_6
Rossi dan Hamilton bertukar jentera_8
rossi-dan-hamilton-1
rossi-dan-hamilton-3
Rossi dan Hamilton bertukar jentera_3
Rossi dan Hamilton bertukar jentera_4
Rossi dan Hamilton bertukar jentera_9
rossi-dan-hamilton-2
Rossi dan Hamilton bertukar jentera_2
Rossi dan Hamilton bertukar jentera_1

SUMBER: MCN

Related

234
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Formula 1, Lewis Hamilton, MotoGP, Petronas, roda2, Valentino Rossi, Yamaha, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev