• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MV Agusta Berminat Masuk Pasaran Asean dengan Motor Sesaran Kecil

MV Agusta Berminat Masuk Pasaran Asean dengan Motor Sesaran Kecil

December 12, 2019 By Aryon Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR dari Itali, MV Agusta khabarnya berminat untuk menghasilkan motosikal sesaran kecil antara 350cc dan 500cc untuk pasaran Asean dan India.

Mungkin ada beranggapan sesaran enjin seperti masih dalam kategori besar, tetapi idea yang mahu dilakukan adalah menghasilkan enjin 350cc dwi-silinder. Malah tidak mustahil akan muncul jentera dengan sesaran enjin lebih kecil.

BACA >>> MV Agusta Rush 1000 - Streetfighter Edisi Khas yang Serba Radikal (212hp,117Nm)

Tanpa mengetepikan status sebagai jenama motosikal premium, MV Agusta pada masa sama berhasrat mendekatkan diri dengan pengguna di Asean dan India yang menawarkan potensi pasaran motosikal yang cukup besar. Indonesia misalnya memiliki kelompok pembeli jentera 250cc dan 300cc yang besar.

MV Agusta kini menjalinkan kerjasama dengan pengeluar dari China, Loncin Motor Company (Loncin) untuk pembangunan di kilang India. MV Agusta bertanggungjawab menghasilkan rekabentuk jentera, manakala Loncin akan mengeluarkan dan memasarkan model-model atas jenama MV Agusta ke pasaran Asia.

MV Agusta bukan pengeluar pertama melakukan projek itu. Terdahulu, Harley Davidson turut mengumumkan pelan sama. Menarik tak?

BACA >>> Harley-Davidson Versi Mampu Milik Akan Dihasilkan di China, Debut Penghujung 2020

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN, Auto Terkini, Itali, MV Agusta, MV Agusta 350cc, MV Agusta 500cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my