• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Manakah Posisi Tepat dan Selamat Pasangkan Peranti GPS dalam Kereta?

#TahukahAnda: Manakah Posisi Tepat dan Selamat Pasangkan Peranti GPS dalam Kereta?

May 17, 2016 By Han Othman 2 Comments

4.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SESETENGAH pemandu mungkin tidak sedar posisi peranti navigasi (GPS), telefon pintar, kamera dan gajet lain dalam kereta mampu mempengaruhi pemanduan anda, sekali gus mendedahkan anda kepada risiko kemalangan jalan raya.

Skrin besar yang dilekatkan di tengah cermin depan boleh menghalang kejelasan pandangan anda melihat ke luar kenderaan, terutama ketika di selekoh kiri dan persimpangan jalan. Tipikal skrin peranti GPS berukuran 17sm lebar dan 10.5sm tebal sudah cukup membuatkan pandangan seseorang pemandu terjejas apabila diletakkan di tengah cermin depan atau bawah cermin pandang belakang.

Anda mungkin menganggap itu cuma halangan kecil dalam kereta, tetapi hakikatnya gangguan terhadap sebahagian besar pandangan luar kenderaan anda adalah bergantung kepada kedudukan anda duduk dan berapa jauh peranti dilekatkan.

BACA >>> Google Maps Perkenal 'Mod Motosikal' untuk Penunggang India, Negara Lain Bakal Menyusul

Sementara itu, peranti GPS yang diletakkan di bahagian tengah paling kanan cermin depan pula mengganggu sebahagian besar pandangan tepi anda. Ini bermakna anda tidak akan perasan kemungkinan bahaya yang berlaku di sebelah kanan kenderaan seperti pejalan kaki  atau kenderaan kecil melintas di hadapan.

Jadi, di manakah posisi terbaik peranti GPS dalam kereta yang tidak akan menjejaskan pandangan dan pemanduan anda? Bacalah tip-tip di bawah ini:

1. POSISI PALING SELAMAT

Tempat paling selamat ialah bahagian bawah cermin depan, dan di penjuru paling kanan. Posisi ini mampu meminimumkan halangan pandangan anda.

gps-3

2. LETAK DI TENGAH BAWAH

Jika sukar dilakukan, anda mungkin boleh meletakkan peranti di tengah cermin depan, tetapi letaklah di posisi paling bawah.

gps-4

3. LARAS KERUSI

Sebelum melekatkan peranti, pastikan anda memilih posisi dan ketinggian kerusi yang tepat untuk disesuaikan dengan bentuk dan saiz badan sendiri.

posisi-kerusi-seat-kereta

4. PASTIKAN ELAK

Elakkan melekat peranti pada lokasi yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemandu atau penumpang apabila berlaku rempuhan. Anda perlu mengambil kira potensi zon serangan kepala dari cermin depan, atau lokasi lain yang boleh menyebabkan sebarang objek melantun akibat terkena beg udara yang teraktif.

zon-serangan-kepala

5. JANGAN TERLALU TINGGI

Jangan lekat peranti terlalu tinggi pada cermin depan atau sekitar bahagian utama pandangan ketika memandu. Ini boleh mengganggu fungsi cermin pandang belakang dan visor matahari, manakala kabel yang berjuntaian mungkin mengacau pandangan anda.

gps-5


POSISI SELAMAT GPS DALAM KERETA

Gambar di bawah menunjukkan posisi selamat untuk meletakkan GPS dalam kereta. Tahap risiko dibahagikan kepada tiga warna seperti berikut:
MERAH - Bahaya
OREN - Kurang bahaya, tapi berisiko
HIJAU - Paling selamat

posisi-gps-selamat

Related

4.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, GPS, pemegang fon, peranti GPS, peranti navigasi, phone holder, posisi letak GPS, tahukah anda, tip automobil, tip kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev