• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 Jadi Kenderaan Rasmi APEC 2020

Proton X70 Jadi Kenderaan Rasmi APEC 2020

December 12, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


MODEL SUV nasional pertama Malaysia, Proton X70 dipilih menjadi antara kenderaan rasmi sepanjang persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd, Dr Li Chunrong berkata, model tersebut akan digunakan untuk menyokong forum sepanjang tahun itu dalam mempromosikan kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.

“Proton berbesar hati menyokong Malaysia yang menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak APEC 2020.

“Berasaskan ciri pintar, pengendalian mantap dan rating keselamatan lima bintang Asean NCAP, kami percaya Proton X70 boleh mencerminkan kerjasama erat antara negara melalui persidangan seperti APEC untuk menaik taraf satu sama lain, sekali gus meningkatkan keupayaan keseluruhan industri dan ekosistem sokongan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Proton, 21 delegasi ekonomi di bawah APEC akan melawat Malaysia sepanjang 2020 dan akan membincangkan pelbagai isu tentang ekonomi serantau.

Perbincangan mengenai liberalisasi perdagangan dan pelaburan juga dipertingkat dengan menangani isu-isu seperti penerimaan pendigitalan, pengukuhan usaha pembangunan modal insan, dan meningkatkan pemerkasaan wanita.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: APEC 2020, Auto Terkini, Dr. Li Chunrong, Kereta Rasmi APEC 2020, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020, Malaysia, Proton, Proton X70, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev