BMW Motorrad dalam diam melakukan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) motosikal elektrik sejak dua tahun lalu, dan awal tahun ini muncul dengan model konsep dinamakan DC Roadster.
Beberapa hari lalu, pengeluar Jerman itu mendedahkan satu lagi motosikal elektrik konsep baharu, dinamakan E-Power Roadster.
E-Power Roadster dilihat sebagai penghubung antara DC Roadster dan motosikal elektrik versi pengeluaran sebenar yang akan dikeluarkan BMW kelak. Ia agak unik dan nampak seakan naked bike S1000R pada bahagian depan, manakala rupa belakang mirip tourer sport, R1200RS.
BACA >>> Prototaip BMW Motorrad R 1200 RS ConnectedRide Bangunkan Teknologi Keselamatan Motosikal
Frem motosikal elektrik ini dibina secara kustom, manakala trenkuasa daripada dua model kereta BMW. Pek bateri 31kW diambil daripada model hibrid plug-in (PHEV) BMW 2 Series dan unit motor daripada 7 Series Long Wheelbase, iaitu salah satu model eksklusif pasaran China.
Rekabentuk mungkin tidak secantik model sebelum ini dengan jentera seberat 290kg! Apapun, ini masih model prototaip. Tanpa kotak gear, E-Power Roadster mampu menjana kuasa hingga 136hp dengan tork setinggi 200Nm.
BACA >>> BMW S 1000 RR Lancar di Sepang, Harga RM138k
Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 2.9 saat, iaitu 0.2 saat lebih perlahan berbanding S1000RR. Pek bateri boleh dicas semula kurang sejam menerusi pengecasan pantas.
Bagaimanapun, cabaran utama mengecas ialah haba, iaitu apabila suhu bateri melebihi paras 40ºC, proses mengecas akan jadi perlahan. BMW masih berusaha menambah baik dan meningkatkan sistem penyejukan bagi mengatasi permasalahan berkenaan.
BMW juga belum memberikan kata putus sama ada mahu meneruskan pengeluaran atau sekadar kekal sebagai model konsep. Itu semua bergantung kepada kapasiti jarak tunggangan lebih 200km dan fasiliti cas semula.
Fasiliti cas semula mungkin tiada masalah di kawasan bandar, tetapi di kawasan berbukit atau luar bandar, ia masih sukar ditemui dan inilah cabaran utama kenderaan elektrik.
BACA >>> India Turunkan Kadar GST 12% Kepada 5% untuk Motor Elektrik, Harga Dijangka Murah
GALERI
SUMBER: MCN | Motociclismo
Leave a Reply