• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ketua Krew: Ikut Cara Honda Layan Marquez Kalau Nak Vinales Juara Dunia

Ketua Krew: Ikut Cara Honda Layan Marquez Kalau Nak Vinales Juara Dunia

December 9, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOS Yamaha MotoGP, Lin Jarvis gembira jika Maverick Vinales kekal sebagai pelumba Yamaha untuk musim 2021 dan seterusnya. Vinales bertanggungjawab meraih enam kemenangan buat Yamaha untuk kelas premier sejak bersama pasukan pengilang itu pada 2017. Malah menjadi pelumba Yamaha paling cemerlang musim ini.

Namun ketika kontraknya memasuki tahun akhir, timbul desas-desus tentang masa depannya dengan Yamaha selepas mengambil kira status rakan pasukan, Valentino Rossi dan rookie terbaik 2019, Fabio Quartararo daripada Petronas Yamaha SRT.

BACA >>> Vinales Juara GP Malaysia 2019, Marquez Pecah Rekod Pelumba Terbanyak Raih Mata Semusim!

Bersama Garcia.
Bersama Simon.

Selepas melihat Vinales bekerjasama dengan ketua krew baharu, Esteban Garcia dan penganalisis prestasi, Julian Simon, prestasi pelumba muda Sepanyol itu jelas semakin lancar dan meningkat. Jarvis menegaskan, tiada alasan untuk Yamaha berpisah dengan Vinales.

Dari segi mata terkumpul sepanjang musim 2019, Vinales berada di tangga ketiga di bawah Marc Marquez dan Andrea Dovizioso. Jika diperhatikan, lapan perlumbaan terakhir bermula Silverstone hingga Valencia (separuh musim 2019), pelumba nombor 12 itu mengumpul 109 mata selepas Marquez (190 mata).

Posisi ketiga pula direbut Quartararo (100 mata), diikuti Dovizioso (97 mata). Menurut Jarvis, selain terangsang dengan prestasi Quartararo, salah satu kunci peningkatan Vinales pada musim 2019 adalah dia sudah selesa dan rasa seperti berada di rumah sendiri bersama pasukan sekarang.

rossi-jarvis-vinales-2017
Pandulaju-Lin-Jarvis-yamaha

Maverick perlu rasa seperti di rumah, tempat semua orang bekerja berpasukan. Kami buat perubahan pasukan pada musim sejuk tahun lalu dan ada kesan selepas membawa masuk Garcia sebagai jurutera litar baharu dan Julian Simon sebagai penganalisis. Mereka terus serasi dan itu antara sebab peningkatan mereka."

- LIN JARVIS, Bos Yamaha MotoGP

PENANGAN GARCIA

Namun, Garcia (foto atas) bukan orang baru buat Vinales kerana pernah bekerjasama sebagai ketua krew itu di kelas lebih rendah. Baginya, Vinales memang siap bertempur untuk merebut gelaran juara dunia, tetapi ada perkara yang berbeza dan dirasakan agak kurang.

Garcia berkata;

Aku cuma dengar nama Marquez, Marquez, Marquez. Memang dia pelumba bagus, tetapi di belakangnya ada pasukan hebat yang bersamanya selama bertahun-tahun. Bukan hanya sumber manusia dan pasukan yang Marc ada di sampingnya, tetapi juga pengilang.

"Mereka (HRC) berikan Marquez apa saja yang dia nak dan bikin motor untuk dia, dan tentu dari situ datang hasilnya dan itulah yang diperlukan kami untuk tahun depan (2020)."

Apabila disoal permulaan hambar Vinales sepanjang musim 2018 hingga 2019, Garcia berkata, semua itu sudah diatasi secara teknikal pada jentera motosikal dan begitu aspek krew.

Maverick minta beberapa perkara, kami berikan dan dia boleh bermula dengan lebih baik."

BACA >>> Vinales Mungkin Berhijrah Sebab Quartararo Kacau Daun?

SUMBER: Motosport|Motosport-total

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, Esteban Garcia, Fabio Quartararo, Julian Simon, Kejuaraan MotoGP, Maverick Viñales, Pasukan Yamaha MotoGP, Valentino Rossi, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev