• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda CBR150R Gaya Karbon Penuh

#BikinMotor: Honda CBR150R Gaya Karbon Penuh

December 9, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI bikin motor dari Negara Seberang sempena acara akhir perlumbaan CBR Indonesia yang turut menganjurkan pertandingan modifikasi model siri CBR seperti CBR150R dan CBR250RR.

Pertandingan modifikasi itu terbuka kepada anggota komuniti, termasuk pemilik CBR Series. Ada satu jentera yang menarik perhatian pengunjung, iaitu model CBR150R dengan penampilan karbon penuh.

Pemiliknya, Hasyim Azhari berkata, tema yang dipilih untuk jenteranya itu ialah 'Lightweight Moge' dengan menggunakan kemasan karbon sepenuhnya. Cetakan gentian karbon dapat dilihat pada kowl depan, fairing, bahagian belakang hinga perincian kecil pada tangki minyak dan panel sisi pemuka.

BACA >>> #BikinMotor: Honda CBR150R Tema Helmet Alex Marquez

Fork terbalik (USD) keemasan di depan menggunakan komponen Showa, diapit braket mounting kaliper di dua belah sisi fork. Ia membolehkan dua brek cakera dipasangkan, manakala suspensi belakang menggunakan swingarm kustom lebih besar.

Rim depan selebar 3 inci dengan saiz tayar 120/17, manakala rim belakang selebar 4 inci dengan tayar 160/17. Hasyim turut menggunakan komponen aftermarket seperti fender eliminator, peg kaki Boushi dan grip tangan Rizoma. Proses transformasi yang mengambil masa hampir empat bulan itu menelan belanja Rp40 juta (RM11,860). Boleh tahan mahal juga.

BACA >>> Perang Segmen Sportbike 150cc di Indonesia, Honda CB150R Streetfire Paling Laris!

GALERI

SUMBER: TMCblog

Related

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Hasyim Azhari, Honda, Honda CBR150R, kustom, Lightweight Moge, Modifikasi, modifikasi motosikal, roda2, sportbike 150cc

Comments

  1. MOHD ALIF BIN ABDUL WAHAB says

    December 10, 2019 at 11:49 AM

    kenapa nampak tak mengancam??hahaha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my