• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tesla Model X Dapat Rating 5 Bintang Euro NCAP, Antara Model 2019 Paling Selamat

Tesla Model X Dapat Rating 5 Bintang Euro NCAP, Antara Model 2019 Paling Selamat

December 10, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TESLA adalah fenomena baharu dalam dunia automotif. Walaupun berusia setahun jagung, tetapi pengeluar itu mampu menarik perhatian ramai pemerhati dan peminat.

Tidak kurang yang meragui kemampuan Tesla dalam menghasilkan kereta sendiri, sebaliknya segala persepsi negatif itu dikurangkan.

Di media sosial, kita dapat melihat pemandu Tesla melepaskan tangan sambil membiarkan kereta dipandu secara automatik. Ia jelas sesuatu yang cukup mengujakan. Dengan kaedah penjenamaan dan pemasaran, teknologi canggih dan rekabentuk tersendiri, Tesla berjaya mengubah lanskap dunia automotif masa kini.

Jika media sosial belum cukup berautoriti sebagai perakuan konkrit, maka keputusan badan profesional berkredibiliti tinggi diperlukan. Hasilnya, Euro NCAP pada 4 Disember lalu mengeluarkan keputusan ujian perlanggaran terbaharu membabitkan 12 model.

BACA >>> Sistem Autopilot Gagal Berfungsi, Pemandu Tesla Model X Maut Nahas Jalan Raya

MODEL X DAPAT 5 BINTANG

Tesla Model X mencatatkan rating lima bintang bersama Porsche Taycan, Audi Q7, Renault Captur, Subaru Forester, Škoda Octavia, Ford Mondeo dan Ford Kuga.

Malah, Model X meraih keputusan terbaik (94 peratus) untuk ciri Bantuan Keselamatan (Safety Assist), sama seperti Model 3 yang diuji awal tahun ini. Keputusan terbaharu itu menjadikan Model X dan Model 3 sebagai model terbaik dalam protokol penilaian Euro NCAP terbaharu.

Standard ujian Euro NCAP sentiasa dipertingkat supaya selari dengan keperluan keselamatan semasa. Model X, yang baru dikemas kini, memperoleh skor 98 peratus dalam perlindungan penumpang dewasa, sekali gus meletakkan model itu sebagai pesaing Terbaik dalam Kelas 2019.

TAYCAN, EV PRESTASI TINGGI TERBAIK

Satu lagi berita baik, Porsche Taycan, yang juga dalam segmen kereta elektrik (EV), turut memperoleh rating lima bintang dalam ujian terbaharu itu. Bezanya, Taycan ialah model EV prestasi tinggi yang mensasarkan kelompok pelanggan mewah.

Selain kereta yang canggih dan terkini, Volkswagen Group mengambil inisiatif mengemas kini ciri keselamatan untuk model kenderaan pelbagai guna (MPV), Sharan dan kembarnya, SEAT Alhambra. Dua model itu sudah lama di pasaran dan ujian semula masih menunjukkan keputusan baik, iaitu empat bintang.

Volkswagen Group turut menambah Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan tali keledar pengehad beban.

BACA >>> 19 Fakta: Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?

GALERI
Tesla Model X - Frontal Full Width test 2019
Tesla Model X - Frontal Full Width test 2019 - after crash
Porsche Taycan - Frontal Offset Impact test 2019
Porsche Taycan - Frontal Offset Impact test 2019 - after crash
Tesla Model X - Frontal Offset Impact test 2019
Tesla Model X - Pole crash test 2019
Tesla Model X - Pole crash test 2019 - after crash
Tesla Model X - Side crash test 2019
Tesla Model X - Side crash test 2019 - after crash
Volkswagen Sharan - Frontal Full Width test 2019
Volkswagen Sharan - Frontal Offset Impact test 2019
Volkswagen Sharan - Frontal Full Width test 2019 - after crash

SUMBER: EuroNCAP

Related

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Euro NCAP, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Porshce Taycan, Roda4, Tesla, Tesla Model 3, Tesla Model X, ujian perlanggaran Euro NCAP, Volkswagen Sharan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev