• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motor Polis Paling Laju di Dunia Mungkin Ada di Abu Dhabi

Motor Polis Paling Laju di Dunia Mungkin Ada di Abu Dhabi

December 10, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

11.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KADAR jenayah di Abu Dhabi memang rendah. Bagaimanapun, itu bukan alasan Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk tidak mengukuhkan aset penguatkuasaan pasukan polis di ibu kota itu dengan mengambil kira populasi penduduk ibu kota tersebut yang seramai 2.9 juta orang.

Terbaharu, pasukan polis Abu Dhabi menambah lapan unit superbike Ducati Panigale V4 R sebagai aset penguatkuasaan. Polis Abu Dhabi beberapa tahun lalu menarik perhatian dunia apabila menjadikan supercar sebagai kereta peronda seperti Lamborghini Huracan, Bugatti Veyron, Nissan GT-R dan Audi R8.

BACA >>> Skuad Polis Paling Laju di Dunia Ada di Dubai

Agensi Kerajaan itu juga baru saja membeli seunit Lykan HyperSport bernilai AS$3.4 juta (RM14.1 juta) pada Mei tahun ini untuk tujuan sama. Hypercar tersebut dikatakan mampu mecapai kelajuan maksimum 400kmj!

Tetapi kenapa Panigale V4 R? Jawapannya, kelincahan dan kepantasan superbike itu diperlukan untuk mengejar suspek penjenayah yang cuba melarikan diri, lebih-lebih lagi dalam kawasan trafik sesak.

Panigale V4 R dipacuk enjin 998cc V4 Desmosedici Stradale R berkuasa 221hp dan tork 112Nm.

BACA >>> Polis Dubai Berlatih Bawa Motor Terbang, Bakal Jadi Kenderaan Peninjau 2020

Jika dipasangkan sistem ekzos Akrapovic, kuasa enjin mampu ditingkatkan hingga 234hp, manakala berat jentera cuma 165.5kg. Semua Panigale V4 R polis ini diberikan seragam biru putih. Sebelum ini, warna digunakan polis Abu Dhabi ialah merah-putih, manakala Polis Dubai menggunakan skema warna hijau-putih.

Khabarnya, V4 R itu adalah varian standard tanpa sebarang modifikasi mekanikal dan dilengkapi ciri mod tunggangan, kawalan traksi, ABS Selekoh dan Quick Shifter.

BACA >>> Ducati Panigale V4 R Kini di Malaysia, Hanya Ada 4 Unit - Harga RM299,900 Sahaja!

SUMBER: ZigWheels | FinancialExpress

Related

11.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ducati Panigale V4 R, Polis Abu Dhabi, Polis Dubai, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my